Wednesday, March 18, 2009

Cuti 1 Minggu

Jumaat - hari akhir sekolah sebelum cuti bermula. Balik agak lewat kerana ada mesyuarat J/K RIMUP.

Lepas waktu pejabat kami bertolak balik KB. Singgah makan malam di sebuah restoran di Padang Luas Jertih sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Mek di Bt. 8. Sampai dalam pukul 10 malam.

Sabtu - ke Tanah Merah hantar borang permohonan penilaian tanah. Lepas tu ke Machang, kedai Mariani - hantar baju. Setelah 2 malam di Bt. 8, kami balik ke rumah Mama pula di Kota. Banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Ahad, hujan turun dari pagi tanpa henti. Singgah di Gua untuk uruskan bayaran 'cuci' tanah yang baru kami beli. Lepas tu ke Restoran Hover di KB bersama Papa. Masih hujan. Balik rumah, rehat sekejab. Mama bagitahu Sani ada balik dengan kawannya dan tunang.

Lepas sembahyang Asar, kami ke Pengkalan Kubur. Hubby melawat projek Jeti Marin di sana. Hujan makin lebat. Sebelum balik, kami ke Jalan Pekeliling untuk beli Sate Baung sebagai juadah makan malam. Dah tahu dah, memang Mama tak sediakan makan malam... Jadi, malam tu Sani dan tetamu makan sate + nasi impit + roti. Kami memang jarang makan nasi malam, jd tak kisahlah.

Isnin, awal pagi kami keluar. Niat hati nak gi breakfast di 'White House' tapi tutup. Jadi kami sarapan aje di Gerai Makan Pasar MPKB. Lepas tu, kami terus ke Pasar Siti Khadijah. Beli sedikit buah tangan untuk anak2.

Tengah hari, hubby ke Pengkalan Chepa atas urusan kerja, dan saya singgah di KB Mall, beli kasut. Balik dari KB, terus ke rumah Pok Weil, jamuan kesyukuran sempena menyambut menantu. Isteri Rizal. Mak Usu dan keluarga sudah berangkat ke KL, untuk memulakan hidup baru di sana...

Balik rumah, dapat berita 'Che Abe' kembali ke rahmatullah. Terus ke rumah Mak Abe, ziarah. Sekejab aje kerana lepas tu perlu ke Lati, rumah Ustaz Mad - urusan Umrah. Balik hampir maghrib.

Selasa, hari terakhir di KB. Dalam perjalanan ke KT, singgah di Gua - majlis cukur jambul dan kenduri Aqiqah anak saudara baru - cucu Papa. Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Besut, singgah sekejab di rumah Za di Bkt Tiu untuk ambil baju adik. Hampir pukul 3, sampai di Taman Ilmu, Bukit Keluang, Besut. Selepas lebih satu jam di sana, kami meneruskan perjalanan ke KT.

Di K.Terengganu, kami check in di Hotel Seri Malaysia. Malam, keluar makan di Restoran Payang Serai, di tepi sungai yang letaknya lebih kurang 500 meter dari hotel. Kami berjalan kaki ke sana. Dari restoran kami dapat melihat panorama malam dan jambatan Sultan Mahmud yang merentangi sungai itu.

Rabu - selepas breakfast, hubby ke tapak projek. Pukul 12.30 kami check out dan terus pulang ke Kuantan. Sampai di Kuantan lebih kurang 4.00 petang. Hujan mulai turun.

Esok, Khamis - siapkan tugasan, kemas rumah dll...

Lusa, Jumaat - lepas pejabat bercadang ke KL dan pulang semula ke Kuantan pada hari Ahad.

Habislah cuti satu minggu .... Jumpa lagi...

No comments: