Monday, June 29, 2009

Permata Hatiku : Doa dan Harapan

Abe sudah kembali ke kolej semalam. Aku minta keluar awal dari stadium untuk hantar Abe di Terminal Darul Makmur. Hanya satu minggu Abe di rumah dan dia menghabiskan sepenuh masa bersama adik-adiknya, terutama dengan Emi. Entah mengapa rasa berat untuk melepaskan dia pergi kali ni. Mungkin kerana dalam masa satu minggu dia bercuti, tidak banyak masa dapat bersama dengannya. Hanya doa yang sering kutitipkan agar dia terus cemerlang dalam bidang yang diceburinya.

Mengingatkan Abe, kadang-kadang hati jadi sebak. Dalam usianya yang telah genap 23 tahun baru-baru ni, sepatutnya dia sudah habis belajar di peringkat IPT... Tapi apakan daya, dengan apa yang telah dilaluinya, perjalanan hidup menjadi agak berliku... Aku redha dan bersyukur kerana dia masih bersemangat untuk meneruskan pengajian walaupun agak terlewat... Semuanya ketentuan Ilahi.

Emi dan Adik ada satu minggu lagi untuk kembali ke kampus.

Emi akan mula masuk HTAA, Kuantan mulai sem ini. Semoga dia akan terus cemerlang dan cekal dengan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi. Perlu lebih tekun dan teliti...

Adik pula akan meneruskan Part 5. Harap-harap dia akan terus berada dalam Dean List sebagaimana 4 sem yang lepas. Untuk Adik, walaupun sibuk sebagai MPP, tugas hakiki jangan diabaikan. Yang lebih penting lagi, dekatkan diri kepada-NYA.

No comments: