Monday, June 7, 2010

KEWAJIPAN @ TANGGUNGJAWAB...?


Esok, 8 JUN 2010, saya dijadualkan bertugas di sekolah. Sehari sahaja... bergilir-gilir antara 10 orang guru yang terlibat.

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dibuat di sekolah. Dalam cuti ini guru-guru perlu mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun di dalam Buku Rekod Markah. Saya juga tidak terkecuali. Markah bagi 4 kelas (2 kelas Sejarah & 2 kelas BM) telah direkodkan di dalam Buku Markah pada hari Jumaat lepas. Hanya tinggal satu kelas, iaitu 3K13. Penyemakan sudah selesai. Esok, bolehlah rekodkan ke dalam Buku Markah.

Kesempatan berada di sekolah semasa bertugas ini, bolehlah saya gunakan untuk menyemak Folio Kerja Kursus Sejarah PMR bagi murid 3K4 & 3K7. Mana-mana yang tidak lengkap, bolehlah minta mereka lengkapkan apabila sekolah dibuka nanti. Semua tugasan perlu disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan JUN.

Sambil-sambil tu, bolehlah saya drafkan skrip juruacara @ pengacara untuk Hari Sukan SMKTP kali ke-41 yang akan diadakan pada hujung minggu pertama selepas sekolah dibuka nanti, iaitu pada hari AHAD, 27 JUN 2010... Mesyuarat J/K Induk Hari Sukan belum dipanggil lagi, nampaknya selepas buka sekolahlah gayanya....hujung minggu tu dah berlangsung ...!

Saya fikir buat sajalah dulu skrip tu... nanti lepas ni barulah rujuk S/U Sukan berkaitan beberapa perkara yang melibatkan acara pada hari tersebut...susunan perbarisan, susunan acara, penyampaian hadiah, VIP yang akan merasmikannya, dll... Kalau nak tunggu lepas mesyuarat baru sediakan skrip, rasa suntuk pula, amat tidak suka buat kerja pada saat-saat akhir... jika ada apa-apa pindaan, bolehlah buat kemudian....

Lepas ni bolehlah bercuti beberapa hari di kampung tanpa rasa 'bersalah'... InsyaAllah, pagi Khamis bertolak balik KB...

No comments: