Monday, July 4, 2011

Buah Sentol yang kian dilupakan....

Sebelum balik dari sekolah tadi, sambil menunggu loceng berbunyi, terdengar jauh-jauh di hujung telinga, rakan-rakan guru bercerita tentang buah nadir ini. Pokok sentol yang berbuah mengikut musim ini sangat mudah diperoleh suatu ketika dahulu, terutamanya di kampung-kampung....

Nama lain bagi buah sentol ialah kecapi, santol, santoi (Filipina), wild mangosteen dan lain-lain. Nama sainstifiknya
Sandoricum koetjape (Burm.f.) Merr.
Sekarang sudah ramai yang tidak kenal buah sentol. Generasi sekarang ni kenal buah epal, anggur, dragon...buah2 klasik ni dah tak kenal lagi dah...pokok ni pun sukar didapati dan jarang-jarang orang tanam. Buahnya boleh dibuat jeruk atau rojak...erm...sedap..... kulitnya pula boleh dibuat sayur lemak...
Pernahkan anda tengok pokok sentol ini?
Pohon sentol atau kecapi merupakan pohon yang rimbun dan besar, ada yang mencapai sehingga 30 m, tinggi. Walau bagaimanapun, kebanyakannya hanya mencapai sekitar 20-an meter. Batang pokok sentol dapat mencapai diameter 90 cm, bergetah seperti susu.
Menurut Wikipedia, daunnya tumbuh berselang-seling, bertangkai s/d 18 cm, menyirip beranak daun tiga, bentuk jorong (bulat panjang) sampai bundar telur, 6-26 × 3-16 cm; membulat atau agak runcing di pangkal, meruncing di hujung; hijau berkilat di sebelah atas, hijau kusam di bawahnya. Anak daun hujung bertangkai panjang, jauh lebih panjang dari tangkai anak daun sampingnya.
Bunga dalam malai di ketiak daun, berambut, menggantung, sampai dengan 25 cm. Bunga berkelamin dua, bertangkai pendek; kelopak bertaju 5; mahkota 5 helai, kuning hijau, 6-8 mm; samar-samar berbau harum.
Buahnya bulat agak pipih, 5-6 cm, kuning atau kemerahan jika masak, berbulu halus seperti baldu. Daging atau urat buah bahagian luar tebal dan keras, menyatu dengan kulit, kemerahan, agak masam; daging buah bahagian dalam lunak dan berair, melekat pada biji, putih, masam sampai manis. Biji 2-5 butir, besar, bulat telur agak pipih, coklat kemerahan berkilat; keping biji berwarna merah.
Pokok sentol berasal dari Indocina dan Semenanjung Malaysia. Berabad-abad yang silam, tumbuhan ini dibawa dan dimasukkan ke India, Indonesia (Borneo, Maluku), Mauritius, dan Filipina, di mana tanaman buah ini kemudian menjadi popular, ditanam secara meluas.
Pohon ini ditanam terutama kerana diharapkan buahnya, yang berasa manis atau agak masam. Kulit buahnya yang berdaging tebal kerap dimakan dalam keadaan segar atau dimasak lebih dulu, dijadikan manisan atau jem / marmalade.
Kayu pokok sentol bermutu baik sebagai bahan binaan rumah, bahan perkakas atau kerajinan, mudah dikerjakan dan mudah dipoles.
Berbagai bahagian pohon sentol memiliki khasiat ubat. Rebusan daunnya digunakan sebagai penurun demam. Serbuk kulit batangnya untuk pengubatan cacing gelang. Akarnya untuk ubat kembung, sakit perut dan cirit birit; serta untuk penguat tubuh wanita setelah bersalin.
Sentol ada dua jenis, iaitu yang mempunyai daun tua berwarna kuning sebelum gugur dan berdaun merah. Dahulu, kedua-dua jenis ini dianggap sebagai spesis yang berbeza : (Sandoricum indicum berdaun kuning dan S. nervosum berdaun merah).
Dulu, di sebelah rumah Nenek Lijah (sekarang tapak rumah Pak Muda Leh) ada sebatang pokok sentol yang besar. Ketika musim berbuah, Mama selalu buat jeruk sentol. Emm, sedap sungguh. Jenis sentol yang lebih lembut dan manis, kami panggil buah setiar... boleh makan mentah, tanpa perlu dijeruk atau dicicah dengan kicap + gula + garam....
Kini, kita dah tak boleh tengok buah sentol atas pokok. Pokok sentol dah semakin sukar ditemui. Nak tengok atau nak makan buah nadir ini, kenalah ke Pasar Siti Khadijah atau Pasar Wakaf Che Yeh ketika berkesempatan balik ke kampung.

4 comments:

Granny Hani said...

rosya, kalau kat pekan 'munduk' buah ni besar amat sangat!seing is believing.

hanila said...

ye lah, Kak Hani. Hok ada kat pasar di KB pun mungkin dari seberang sana jg... tp saya tak pernah tengok yg besar sangat tu...

teratai said...

teringat masa kecik2 dulu ada sebatang pokok setiar dekat serambi rumah...tak berani duduk kat serambi bila banyak ulat bulu dr pokok ini jatuh n merayap kat situ!

roshanilawatey said...

Ya Mega, buah setiar lagi sedap berbanding setol... memang banyak ulat bulu, mungkin kerana kulit buah setiar @ setol ni spt baldu... ulat bulu suka. Kalau berangin, lagi mudah terkena ulat bulu....