Sunday, September 1, 2013

SEPTEMBER....

  
yang terindah....


September datang lagi....

Terkenang lagu " Ingatan Manis di Bulan September" yang dinyanyikan oleh biduanita Sharifah Aini sekitar awal 1970-an:
"Kumasih ingat
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."


Sesungguhnya, September merupakan bulan merayakan beberapa hari istimewa dalam keluargaku.

September ini, genap dua tahun perkahwinan anakanda kami MOHD FAHMI NAIN dan NURUL AINA AWANG yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432H, bersamaan 2 September 2011 dan cahaya mata mereka yang pertama FARHAH HANNAN sudah genap setahun usianya....dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata yang kedua....






September... sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, banyak hari istimewa yang diraikan dalam keluarga....

09 SEPTEMBER, NATASHA ALIA BT. SAHAZALI genap usia 19 tahun. Natasha Alia, puteri sulung kepada Norbanilawatey Jusoh dan Sahazali Awang Deraman, dilahirkan di HKL sebelum dibawa balik ke kampung yang permai dan indah  "HAPPY BIRTHDAY ALONG TASHA".  Hari ini, 1 SEPTEMBER, Along akan mendaftarkan diri sebagai penuntut baru di Fakulti Perubatan dan Kesihatan UPM...

 terkini... Along Tasya di meja pendaftaran fakulti FPK, UPM Serdang....

Semoga Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan sebagai penuntut IPTA.... Doa Cik La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...



Pada 14 SEPTEMBER, adik iparku SAHAZALI B. AWANG DERAMAN akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- .... ?  Semoga terus tabah dengan ujian-Nya....

Tambah manis lagi, pada 19 SEPTEMBER ini bertambah lagi usiaku - melewati setengah abad...! 

Pada tarikh itu juga 28 tahun yang lalu aku telah disahkan menjadi suri hidup kepada insan yang tersayang setelah beberapa musim menyemai kasih dan menganyam rindu ketika bersama-sama di Lembah Pantai.... 

Cepatnya masa berlalu. Sudah menghampiri 3 dekad rupa-rupanya kami mengharungi pahit manis bersama, menempuh duri dan ranjau hidup menuju jalan pulang .... 


21 SEPTEMBER pula adik bongsu kami, RATNA IDAYU BT. JUSOH akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 tahun.  Dilahirkan 2 hari selepas Papa dan Mama 'bekwah' kahwinkan anak perempuan keduanya, yang julung kali dalam keluarga kami pada tahun 1985.



23 SEPTEMBER,  adik iparku yang ke-3, JAILANI B. ABDUL MANAF pasangan kepada adindaku MELISA KAMELIA akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke- ..... ?


SEPTEMBER yang sentiasa bertamu tanpa jemu, banyak merakamkan saat manis yang sangat indah untuk dikenang.... yang diraikan bersama keluarga....

Alhamdulillah.



No comments: