Wednesday, January 1, 2014

BERSEKOLAH : EPISOD BARU DALAM KEHIDUPAN....

Tahun baru, bermulalah episod baru bagi semua kanak-kanak @ murid sekolah. Ibu bapa mula sibuk menghantar anak-anak untuk mendaftar masuk ke sekolah, sama ada prasekolah / tadika, sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Hari ini, bermulalah tirai Januari 2014. Semua murid baru akan mendaftarkan diri ke sekolah yang telah ditetapkan. Setiap orang akan melalui pengalaman ini, tidak terkecuali diri saya 4 dekad setengah yang lalu.


Kini, ramai kanak-kanak sudah memasuki prasekolah seawal 4 tahun, jadi setelah tiba masanya untuk masuk ke sekolah rendah, mereka akan melangkah dengan penuh yakin, berbeza dengan zaman saya (dan rakan-rakan seangkatan) mula bersekolah dahulu.




Saya melalui zaman persekolahan di 3 buah sekolah, iaitu bermula di SRJK (Ingg) Kota (kini dikenali sebagai SK Seri Kota) sehingga Std 6. Kemudian, saya meneruskan persekolahan peringkat menengah rendah di SMK Kota, sebelum meneruskan pelajaran menengah atas di Maktab Sultan Ismail sehingga tamat Tingkatan 6.


Hari ini tradisi ini diteruskan oleh seorang lagi anak saudara, AISYA BALQIS yang akan masuk Prasekolah di SRK Seri Kota.  Ketika zaman saya bersekolah dahulu, SRK Seri Kota dikenali sebagai SRJK (Ingg) Kota, manakala abangnya, AFIQ HAIKAL pula akan memulakan persekolahan Tahun 2 di sekolah yang sama.   

pada hari pendaftaran PraSekolah ...


hari pertama Adik & Abang Long

semoga menjadi anak-anak yang cerdik dan soleh

Papa di SRK Seri Kota, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kami....

Seorang lagi anak saudara, NURUL HANIS SHAFIQAH @ EEKA @ C pula akan melangkah ke sekolah menengah selepas berjaya mendapat 5A dalam UPSRnya baru-baru ini.   
 
Yang mana satu nak ke sekolah ni...?

Selamat menempuh pengalaman baru di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  C akan mengiringi kakaknya B yang sudah 3 tahun di SAB yang kini akan memasuki pengajian Tingkatan 4 di sekolah yang sama.   Semoga C akan terus melakar kecemerlangan di sekolah baharu...



No comments: