Tahun baharu, bulan baharu dan usia juga baharu.
Januari meraikan ulang tahun kelahiran empat orang ahli keluarga terdekat.
Pembuka
tirai tahun ini ialah adinda MUTIA ANGGEREK, puteri ke-6 HJ JUSOH DAUD
& HJH CHE HALIMAH CHE YUSOFF yang akan menyambut ulang tahun
kelahiran hari ini, KHAMIS 3 JANUARI 2013....
Masih segar dalam ingatan, saat adinda Anggerek hadir dalam keluarga kita 30 tahun yang lalu. Ketika itu, sebagai kakak yang kedua dalam keluarga, Kak La masih lagi menuntut di Lembah Pantai dan sedang bergelut untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun Pertama sesi 1982/1983. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Semoga adinda Anggerek terus cemerlang dalam kerjaya dan sentiasa ceria menempuh perjalanan hidup yang penuh dengan ujian ini....
Lebih indah dan bermakna lagi, adinda Anggerek sekarang bergelar 'nanny' muda dengan hadirnya baby FARHAH HANNAH, pada penghujung Julai 2012.
cucunda saudara sulung.... |
kenangan di penghujung 2012 |
Adinda Anggerek, ingatlah, janganlah kita sentiasa mengharapkan terbitnya 'pelangi' di siang hari kerana kadang-kadang awan mendung akan muncul tanpa diundang. Tapi percayalah, awan mendung yang menurunkan hujan rahmat akan berlalu juga apabila tiba masanya dan akan munculah pelangi yang indah. Fenomena ini akan menjadikan panorama hidup kita lebih indah dan berwarna warni....
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN daripada kami semua....
1 comment:
thank you so much kak laa :)
Post a Comment