Monday, December 31, 2018

Sepanjang Jalan Kenangan 2018

Alhamdulillah, akhirnya tugasan akhir tahun 2018 selesai jua.  Sebenarnya, tugasan 2019 yang lebih mencabar sedang menunggu.  Kita akhirnya tiba di penghujung muara waktu. 

Syukur juga kerana kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar tahun 2018 yang disulami hujan yang masih turun renyai-renyai membasahi bumi.... 






Kita semua tahu, mentari 2018 bakal terbenam dan akan diganti dengan fajar 2019. Tentu sekali banyak kenangan yang terakam dalam memori sepanjang 12 bulan kita berada di tahun 2018. Pasti ada yang manis dan ada juga yang pahit. Semuanya merupakan asam garam kehidupan yang akan terpahat kukuh dalam ingatan sampai bila-bila.

Alfatihah buat PokTeh @ Lokman Mamat yang telah pergi buat selama-lamanya beberapa hari sebelum berakhirnya 2018.



Anakanda Fahmi sudah berjaya memulakan klinik #Sihatsokmonya di pekan Manir dengan sokongan kuat daripada anakanda Aina.  Semoga segala usaha membuahkan hasil yang penuh keberkatan.  Mak Ayah akan sentiasa berdoa dari jauh.








Anakanda Aishah menyambung kursus setahunnya di JB, meninggalkan anak kecil tentu sekali dengan hati yang berat...tetapi demi masa depan yang lebih maju, pengorbanan adalah jawapannya.  Mikhail anak yang baik, tidak sukar menjaganya.  Tinggallah Mikhail bersama-sama Abi, Mak Tok dan CikDya sementara waktu ini.

Anakanda bongsu sudah mula bekerja tahun 2018.  Bidang kerja yang memang ditunggu2 dan diminatinya.  Alhamdulillah.







Mikhail semakin lincah keletahnya.  Hannan bakal memulakan persekolahan darjah 1.  Bella akan belajar di sekolah yang sama dengan Kakak Hannan, tetapi peringkat prasekolah.  

Akhir tahun 2018 meninggalkan kesan di hati apabila ahli keluarga terdekat dipanggil pulang buat selama-lamanya.

Begitulah kehidupan.... ada suka, ada duka... semuanya mewarnai sepanjang jalan hidup kita. 

Sesungguhnya, semua peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun 2018 akan kami jadikan teladan dan sempadan buat menempuh perjalanan menuju jalan pulang yang masih jauh....

Mungkin ada yang beranggapan bahawa tahun yang bakal berlalu sebagai tahun yang tidak pernah diduga akan hadir di dalam diari hidup mereka, lantaran ujian dan cabaran yang betul-betul menekan jiwa. Jangan lupa, seperti yang selalu diperkatakan orang, ujian dan cabaran ialah rempah ratus kehidupan.

Tanpa ujian dan cabaran, hidup kita akan berlalu bak air yang mencurah keluar daripada pancur, sekadar mencurah turun, tak ada langsung nilai-nilai yang boleh dikenang dan dijadikan teladan.

Sebaliknya, jika perjalanan hidup kita seperti air sungai yang sekejap cetek dan sekejap melimpah ke tebing, kemudian perlu mengharung segala batu, kayu termasuk sampah sarap… ketibaan kita di muara nanti merupakan sesuatu yang amat bermakna.


Paling penting juga, ingatlah, bukan kita seorang sahaja yang diuji. Ada insan lain yang
lebih teruk ujiannya daripada kita. Lantas, jadikan ujian Ilahi sebagai pendekat diri kita kepada-Nya dan percayalah…. YANG PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA…

Tak kisahlah apa-apa sekali pun peristiwa yang kita lalui di sepanjang 2012, yang pasti kita perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus melihat fajar tahun baharu yang bakal muncul nanti....

Tahun baharu bermakna usia sudah tidak baharu lagi. Hayat bertambah menjadi semakin lama...baki usia menjadi semakin susut.



SELAMAT TINGGAL 2018... SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2019  



Semoga kita semua terus diberi kelapangan dan kekuatan mental serta fizikal bagi membolehkan kita memantapkan amal ibadat buat bekalan di akhirat kelak...juga dapat kita berbakti kepada keluarga, agama dan negara. 

Semoga kita terus berada dalam perlindungan dan kasih sayangNya....Amin. 

Wednesday, December 26, 2018

Tatkala Tiba Waktunya....Al-Fatihah

Selang seminggu, kami kehilangan ahli keluarga yang rapat.



Mereka dijemput pulang ke alam abadi bertemu Penciptanya.




Sesungguhnya, itulah janji Allah.  Apabila tiba saat dan ketikanya, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan terawal walaupun sedetik.  Giliran kita entah bila akan tiba.  Itu rahsia Allah.  Kita yang masih menghuni alam fana ini perlu menyediakan bekalan secukupnya untuk persiapan meneruskan perjalanan yang panjang di alam abadi.


Semoga Bonda Shamsiah [yg dipanggil pulang pd 18 DISEMBER 2018] dan Pokteh @ Lokman Mamat [kembali mengadap Ilahi pada 25 DISEMBER 2018] ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan yang beramal soleh.

Monday, December 17, 2018

Sambil Menyelam Minum Air

Ahad 16 DISEMBER kami bertolak ke Kuala Terengganu.  En Kasihku ada mesyuarat di pejabatnya di KT.  Kami menginap di hotel penginapan tepi muara berhampiran tanjung yang indah nian pemandangannya.  Angin sepoi2 diselangi rintik-rintik hujan musim tengkujuh menjadikan suasana sungguh damai dan nyaman.

Selepas daftar masuk di hotel penginapan, usai solat Zuhur, kami pusing-pusing ke Seberang Takir dengan tujuan utk mencari keropok di Bukit Tok Beng.  


Pertama kali saya sampai di sini. Terletak di Kuala Nerus, ini merupakan satu lagi destinasi di mana kita dapat membeli keropok lekor. Keropok lekor di sini juga digelar Keropok Lekor Nombor atau Beratur, kenapa? Ini adalah kerana terlalu ramai orang yang datang untuk membeli keropok lekor semasa musim cuti sehinggakan untuk membeli keropok lekor di sini anda perlu mendapatkan angka giliran terlebih dahulu. Wah… dahsyat! Ramai yang sanggup beratur kerana keropok lekor di sini sedap dengan isi ikannya yang banyak berbeza dengan tempat lain.  Semasa saya singgah, tidak ramai pengunjung...jadi tidak perlulah kami mengambil nombor. 

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah makan tengah hari di medan selera di Pantai Teluk Ketapang.  
Pantai yang agak luas ini terletak di utara Sungai Terengganu. Pantai ini digelar Teluk Ketapang kerana  kawasan ini dikelilingi oleh bukan sahaja pokok kelapa malahan pokok ketapang.  Di sekitar pantai ini terdapat banyak gerai  kecil untuk kita membeli makanan, dimakan sambil menikmati pemandangan. Di pantai ini juga terdapat gerai yang dilawati ramai orang untuk menikmati Ikan Celup Tepung (ICT).  ICT di sini tidak setanding ICT di Pantai Penarik....
Usai menghirup udara nyaman di Pantai Teluk Ketapang, kami terus menuju ke Manir.  Niat di hati untuk singgah di Klinik #SihatSokmo untuk bertemu anak menantu dan cucu.  Singgah untuk melunaskan rindu....

Di klinik hanya ada anakanda Fahmi.  Anakanda Aina dan cucuanda ada di rumah kerana dikhabarkan kurang sihat.
Kami meninggalkan rumah agam besan kami pada petang itu sambil berjanji untuk memenuhi permintaan mereka agar datang lagi untuk makan malam di rumahnya.



Pada sebelah malamnya, sebelum ke rumah besan, kami berhajat untuk keluar mengintai ke Pulau Warisan yang dikatakan sungguh indah pemandangannya dengan dihiasi cahaya lampu yang berwarna warni pada sebelah malam.  



Pulau Warisan ini kelihatan seperti I-City di Shah Alam dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, begitu hidup sekali suasana malam di tempat ini. Tak sah kiranya kawasan yang menjadi perhatian ramai tidak ada kedai makan bukan? Di sini terdapat banyak kafe untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu.  Jika kita datang pada waktu yang tepat, dapatlah kita menyaksikan pertandingan lumba perahu layar yang sering diadakan di sini, tetapi malam itu ketika kami singgah, suasana agak sunyi...mungkin kerana musim hujan...
Pada keesokan harinya, sepeninggalan suami ke pejabat, aku ditemani komputer riba yang sentiasa setia bersama untuk menyemak tugasan yang masih berbaki.

Kami meninggalkan Bandar Budaya Kuala Terengganu dalam rintik hujan bulan Disember menuju ke destinasi rutin saban minggu sejak bermulanya cuti sekolah akhir tahun ini.  

Begitulah percutian kami berdua pada tahun ini.  Cuti sambil bekerja.  Bekerja sambil singgah menjenguk cucu... 

Friday, December 14, 2018

13 Disember : Keputusan PT3 2018 dan Mesyuarat Pengurusan Pre2019

Rabu, 12 Disember kami bertolak pulang ke Kuantan tanpa Mikhail.  

Rindu akan cucuanda itu, Allah sahaja yg tahu.  Teringat2 gelagatnya yang mencuit hati.  Tapi biarlah dia menghabiskan cuti ini di rumah neneknya.  Bukan mudah dan bukan selalu dapat bersama-sama neneknya di RP.

Beberapa hari di Kuantan, saya menghabiskan masa di sekolah.  Melihat itu dan ini.  Kerja yang tidak pernah surut.   

Khamis, 13 Disember - keputusan PT3 diumumkan.  Seharian aku di sekolah.





















Tahniah.  Anak didik rintis kelas Millenium 2017.   

Monday, December 10, 2018

Disember Yang Padat

Disember yang sentiasa menghambat... 

Berulang alik antara kota kelahiran dengan kota tempat menggali rezeki.

Di KB, aku penunggu setia sambil menyiapkan kerja2 yang perlu diselesaikan sebagai persiapan utk sesi persekolahan yang baharu....Dia ke kantor melunaskan tanggungjawab.

Di Kuantan, aku ke pejabat menyelesaikan tugasan, dia di rumah mengemas dan menyediakan juadah enak...yang sentiasa ditunggu-tunggu anak-anak....

Begitulah, minggu bersilih ganti.

7 November - kami bertolak ke KB, selepas bermalam satu malam di PC, keesokannya, Mikhail kami hantar ke rumah TokMa nya di RP.  



9 NOVEMBER - kami ke HRPZ2, ziarah PokTeh yang dirawat di sana.  PokTeh nampak tidak banyak berubah berbanding seminggu sebelum itu ketika kami singgah ziarah di rumahnya di Taman Ayuni, Bt. 10 TM.


Semoga PokTeh terus kuat dan reda dengan ujian ini.  




Biarlah kenangan ini terakam di sini....




Balik daripada menziarahi PokTeh, kami singgah di Miria.  Sudah agak lama tidak meroti canai di sini....Bukan selalu dapat bersama Papa makan-makan begini.





Alhamdulillah, Papa nampak sihat dan ceria bersama-sama anak-anak.  13 Disember, kami akan balik semula ke Kuantan.

Begitulah, sehingga penghujung Disember...LPT2 menjadi penghubung KB - Ktn.


Saturday, December 1, 2018

DISEMBER...raikan bersama

Syukur alhamdulillah, kita sudah sampai ke bulan terakhir tahun masehi 2018....

Disember meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan  ahli keluarga terdekat.

1 DISEMBER...

Happy Birthday TokAyah.....




 







AISYA BALQIS

1 DIS



   







EEKA - 11 DIS  

ALONG AINA - 14 DIS  

AIMAN - 26 DIS 













ABDUL MUIZ - 16 DIS

NADHIRAH - 20 DIS

MAISARAH - 27 DIS





Disember juga meraikan ulang tahun perkahwinan buat Kakanda dan Adindaku




Ummi & Abah 
kepada Along Aina & BB Fify

27 DISEMBER 1986  
















Mommy & Daddy kepada Baby Dhia

12 DISEMBER 2016 










Semoga Allah merahmati kita semua.  Semoga kita sentiasa berada dalam kasih sayang dan perlindungan-Nya sepanjang masa.