insan yang penuh dengan cinta dan sayang,
ingin kutitipkan ucapan...
"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-58..."
(1 Dis 1960 - 1 Dis 2018)
Kupanjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah s.w.t. kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
Buat suami tercinta, kutujukan doa khusus buatmu.
Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan....
Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan....
Kudoakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun ketika hidup kita dihempas gelombang.
Semoga selama tempoh kita berjauhan di dua daerah ini, Allah memberi kekuatan kepadaku dan kita diberi kesempatan untuk meneruskan baki usia bersama-sama selepas ini.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....Semoga selama tempoh kita berjauhan di dua daerah ini, Allah memberi kekuatan kepadaku dan kita diberi kesempatan untuk meneruskan baki usia bersama-sama selepas ini.
Happy Birthday, Tok Ayah.... |
Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakan.....
DISEMBER juga meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak saudara yang tersayang....
Aisya Balqis, Abdul Muiz A.Aziz, Aina Zaireynna Md. Zainuddin, Nur Hanis Syafiqah Sahazali, Siti Nadhirah A. Aziz, Maisarah A.Aziz, Aiman Syakir Azemin.....
....bertambah umur
tanda usia yang berbaki semakin sedikit;
semoga kita terus diberi kesempatan membekalkan diri
untuk dibawa pulang ke alam abadi.
No comments:
Post a Comment