Monday, March 24, 2014

Menunggu 29 MAC 2014...



....demi menghargai usia 
dan 
erti persahabatan....



Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bertemu muka bertanya khabar, meleraikan rindu yang bertahun-tahun lamanya tersimpan ....

Berikut sebahagian foto sahabat buat melakar kenangan yang telah lama ditinggalkan....

Tie & Mie, tuan rumah yang budiman yang sudi menerima kunjungan  kami nanti...
 Azman, Dr Abdullah Sabri dan Kamaruddin
Dr Nik Azmi dan keluarga
Mr  Berry and Family
Dr Suriani dan keluarga
Dr Wan Muhammad Nizam dan keluarga
Nab, Haslina, Ta, Dr, Nasir, Mae, Loh & isteri
Ta & keluarga... kiriman tapai pulut air tangan Ta sebagai pengganti diri...
Sarimah dan keluarga, kini sedang mengerjakan umrah, tidak dapat bersama...
Haliza dan keluarga
 Adnan dan keluarga


 
Prof Rosnah dan Suami
Suhaidi dan Isteri

 Ainon Salleh dan famili

 kekenyangan makan ikan bakar hok Mae belanja di Tanjung Lumpur....



Set Boyo.... Nik G, Berry, Loh, dan War.... sehari sebelum...

NOSTALGIA
STD 6 BLUE 1974 SRJK(I) KOTA

STD 6 RED 1974 SRJK(I) KOTA

FORM 3 RED 1977 SM KOTA


Insya-Allah,

  bertemu nanti di Bandar Baru Bangi....







 

Friday, March 14, 2014

Memori @ SRJK (Ingg) Kota



Setiap kali menjelang tahun baharu, SRJK (Ingg) Kota (kini, SK Seri Kota) pasti akan menggamit memori.

Januari 1969, merupakan detik keramat kepada saya kerana pada tahun itu saya mula menjejakkan kaki ke sekolah. Bermulalah episod baru dalam hidup seorang kanak-kanak yang saban hari menghabiskan waktu dengan keluarga dan rakan2 sepermainan. Papa dan Mama teruja sekali untuk menghantar anak keduanya ini masuk sekolah, lebih-lebih lagi yang empunya diri. Pada masa itu, tak ramai kanak-kanak dihantar ke tadika sebelum masuk sekolah, tidak seperti hari ini.... Seingat saya, sehingga pertengahan 1970-an, di KB hanya ada Tadika Jalan Raja Dewa dan Tadika Fatima.

 
Pada masa itu, SRJK (I) Kota (1969 - last batch English Medium)) terdiri daripada 2 blok bangunan satu tingkat. Setiap darjah dari Std 1 ke Std 6 mengandungi 3 kelas (Blue, Red & Green - kedudukan mengikut turutan). Ada 2 sesi persekolahan. Sekolah ini berkongsi padang dan kantin dengan SK Kota. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2 km. Saya ke sekolah menaiki teksi (beca roda tiga) Pok Mat dengan sewa bulanan (kalau tak silap) sebanyak RM3.00.



Hari pertama ke sekolah, Papa yang hantar. Pagi-pagi lagi Mama sudah menyiapkan sarapan dan rambut saya yang panjang diikat (ekor kuda) dan dililit dengan bulu ayam merah sebagai hiasan. Dengan pinafore biru (bib di bahagian depan dan 2 silang di belakang), terpampang lencana sekolah pada bib uniform sekolah, berkasut kanvas putih Badminton Master dan beg sekolah (bentuk kotak - berkunci - berwarna coklat), saya melangkah dengan penuh gaya ke sekolah.


Pendaftaran murid baru dilakukan pada hari pertama persekolahan. Berbeza dengan sekarang, pendaftaran dilakukan sebelum sesi persekolahan bermula. Selepas mendaftar diri, utk. masuk Std. 1, murid-murid diberi sekeping kad (bersaiz empat segi kecil) yang tertulis nama masing-masing. Kertas tersebut berwarna biru, merah dan hijau. Murid-murid akan ditempatkan ke kelas mengikut warna kad yang diberi. Saya mendapat kad berwarna biru, jadi saya dikehendaki masuk ke Standard One Blue. Kad nama ini dipinkan pada uniform sekolah sepanjang minggu tersebut. Sepanjang 6 tahun di sekolah ini, saya kekal di kelas Blue. 


Dalam kelas 1 Blue, hanya ada beberapa orang kawan yang sudah dikenali, iaitu yang datang dari tempat tinggal yang sama, iaitu Jafril Mat Isa dan Wan Napisah Rejab.  Seorang lagi rakan sekampung yang masuk SRJK (I) Kota ialah Zainuddin Yusof, dia di kelas 1 Green.  Hanya kami berempat yg sebaya dari kampung itu masuk sekolah Inggeris.  Ramai rakan sepermainan pada zaman kanak2 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota. 

Sebahagian besar daripada murid Std 1 Blue merupakan kawan-kawan yang baru dikenali, yang datang dari Kg. Pendek, Larak, Padang Layang, Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, Bunut Payung, Bt. 4 Jln Kuala Krai dan sekitarnya. 

Antaranya ialah : Azman dari Kg. Gaung, dari Pendek - Noorberi, Kg Padang Layang / Larak / Belukar - Abdullah Sabri, Nik Azmi, Ramzi, Zuraidi, Rohaizi; Dari Kg Kota - Haslin, Nor Azma, Rahizam Rahim, Nab, Aziz, Nik Badli, Adnan, sepupu Adnan (lupa nama - kecik2 orangnya); dari Surau Kota - Siti Noor Rosmina, Nik Fauzi, Nasir Yunus, Mahasan, Kamaruddin, Haslina Zainuddin; dr Pintu Geng - Che Norizam, Shariff; dari WCY - Marzanah, Nasaruddin, Kamariah, Zakaria, Nor Aini Ab Rahman; Bunut Payong - Zuriana, Azlina Mohamad, Nik Roslina, Nooraini Ab Rahman; Bt. 4 - Ainon, Anuar, Normah, Wan Nazli.

Beberapa orang rakan saya begitu menonjol penampilan mereka, yang kebanyakannya merupakan anak-anak cikgu di SK Kota dan juga dari keluarga yang 'berada'.
 

Kawan-kawan yang lain seperti Adzmah Ali, Tengku Norizan, Tengku Abu Bakar, Faizah, Zanita, Rubiah, Nasimah, Shamiah, Wan Hasmah, Wan Norizan Noor, Rohana Khatib, Suhaimi Mustapha, Rosli, Fariza, Wan Zaleha, Azmi Md Noor, Rohana Ahmad, dll hanya bersama kami di kelas Blue setelah 'streaming' dibuat bermula Standard 3 hingga Std. 6; bertukar ganti orangnya walaupun tak ketara sangat.  

Norhayati Idris, kalau tidak silap masuk ke sekolah ini pada tahun 1971 semasa darjah 3, terus ke kelas 3 Blue.  Rahim dan Aziz Mohamad juga masuk ke sekolah ini ketika darjah 2 atau 3, kalau tak silap.  Rusnah pula, seingat saya pernah bersama di sini sejak Std 1 dan keluar mengikut bapanya berpindah ke luar daerah dan masuk semula ke SRJK (I) Kota ketika Std 4. (perlu minta kepastian daripada empunya diri....) Rahizan pula mula bertukar ke KL pada tahun 1972 kerana mengikut ayahandanya Rahim Hj Mohamad yang berkerja di RTM Angkasapuri.


Walaupun tidak belajar dalam satu kelas yang sama, tetapi disebabkan hanya ada 3 kelas (Blue, Red dan Green) dan kami semua datang dari tempat yang hampir sama, jadi hubungan kami agak akrab.

Headmaster pada masa itu ialah Master Kassim. Dari kaca mata seorang murid yang baru masuk Darjah Satu, beliau yang bersaiz sederhana itu kelihatan sangat tegas. Kecut dan gerun apabila bertemu dengan beliau. Beliau sentiasa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris... maklumkan sekolah orang putih...!

Guru Kelas 1 Blue ialah Cikgu Habsah. Kami panggil beliau 'Teacher'. Waktu itu beliau belum berumahtangga. Beliau mengajar semua mata pelajaran : Writing, reading (BM and English), Arithmatics, Science dan Arts & Craft. Agama Islam diajar oleh Ustazah Zainon. 


Alahai... takutnya kami kepada Teacher Habsah... beliau tegas semasa memberi arahan dan semasa mengajar. Kami sentiasa menanti waktu 'story telling', kerana pada waktu tersebut, kami akan duduk di atas lantai mengelilingi Teacher. Dengan khusyuk sekali kami mendengar cerita-cerita rakyat (Malay and Eng.) yang disampaikan oleh beliau dalam suasana yang santai dan bersahaja. Beberapa tahun lepas, saya mendapat tahu Cikgu Habsah telah kembali ke rahmatullah kerana sakit barah. Al-fatihah.

SRJK (Ingg) Kota... di sinilah bermulanya satu episod baru dalam hidup. Di sinilah saya mula belajar mengenal A-B-C-1-2-3-alif-ba-ta-, membaca, menulis dan mengira...


Walaupun, kami memasuki darjah 1 sudah 45 tahun berlalu, memori indah itu terus terpahat dalam ingatan - langkah pertama menuju kejayaan ... terima kasih Cikgu....



Foto : 6 Blue (1974) bersama Class Teacher : Mr. Chong Sam Chong...

Sunday, March 2, 2014

4 DEKAD BERLALU...

 1974 - 2014....

Alhamdulillah, dengan perancangan Yang Maha Esa, kami dipertemukan.  

Sesuatu yang tidak dijangka walaupun sudah lama tersimpan hasrat di hati saya untuk bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang telah lama terpisah.  Bermula dengan coretan dalam blog, intai melalui FB.... dan akhirnya dengan izin Allah, selepas terbinanya grup 69/74 via WA, tidak sampai satu minggu kami berjaya 'dikumpulkan dan ditemukan'.  Alhamdulillah. 

STD. 6 BLUE 1974

Std. 6 Red 1974... baris kedua 3 dari kanan... HALIZA HUSSIN

Kemajuan teknologi berserta dengan keizinan-Nya, kami telah 'ditemukan' walaupun sekadar di alam maya.  

 Hari ini 2 Mac, dua pertemuan berjaya direalisasikan.  Satu di Putrajaya dan satu lagi di Kota Bharu.  
 
wajah cute Nik Azmi...1974


Saya dan Nik Azmi berkumpul di rumah Liza di Presint 18, Putrajaya.  Inilah kali pertama kali bertemu begini selepas tamat sekolah rendah 40 tahun yang lalu.  

Za, terima kasih atas kesudian Za menjemput kami bertamu, bersarapan nasi kerabu dan laksam;  membuka cerita silam yang selama ini menjadi tanda tanya di minda... semuanya terjawab dan terlerai dalam suasana ceria, riang tawa disulami genangan air mata tanda gembira.... 
 
bersama Liza dan Nik Azmi... 2.3.14.. kami selepas 40 tahun...
Azman, Lah Sabri, Kamaruddin, Zanita, dan... pula berkumpul di rumah Nab di Taman Guru, KB sambil menziarahi suami Nab.  Dalam ruang waktu yang padat, Nab dengan tangan terbuka menjemput dan mengalu-alukan kehadiran mereka.  Nab, semoga kita dapat berkumpul lagi dengan rombongan yang lebih besar.

 
Dari kiri : Kamaruddin, Nik Azmi, Rohaizi, Azman & Abdullah Sabri

Azman, Abdullah Sabri dan Kamaruddin...

Sahabat, semoga Allah memberi kesempatan kepada kita semua untuk bertemu ramai-ramai, bertukar cerita zaman persekolahan yang indah dan berkongsi kisah keluarga yang bahagia....Insya-Allah.

Terima kasih Allah.  Terima kasih sahabat semua.