Sempena majlis persaraan MR. SEE KOON SUAN, KETUA
BIDANG BAHASA yang sangat kami hormati, 21 JUN 2017...
Coretan kenangan ini ditujukan kepada Mr. See yang akan meraikan ulang tahun kelahiran esok, 22 JUN 2017, seterusnya akan bersara wajib pada usia 60 tahun bermula esok.
Coretan ini bertujuan untuk menyatakan betapa saya sangat berbangga dapat berkhidmat di bawah satu bumbung dengan Mr.
See. Sesungguhnya, Mr. See seorang rakan guru yang
mudah bertolak ansur dan tidak pernah lokek dengan ilmu yang ada. Yang paling ketara, Mr. See seorang yang
mementingkan ketepatan masa, berterus terang, cekap dan mempunyai pengetahuan yang
luas dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang ICT. Tentu
sekalilah, beliau menjadi pakar rujuk oleh banyak pihak. Beliau juga
berdedikasi, "passionate" terhadap tugas dan tanggungjawab, serta berpegang
teguh pada prinsip.
Mr. See juga
merupakan seorang GURU dan Ketua Bidang yang cukup disenangi oleh rakan
sekerja, seorang yang ramah, mesra dan mudah bertoleransi sehingga kami berasa
selesa bekerja di bawah penyeliaan beliau.
Sesungguhnya,
SMKTP berkembang bersama Mr. See, bermula dengan tiada apa-apa pada awal
penempatan beliau di sini pada pertengahan
tahun 1980-an sehingga seperti yang ada sekarang.... SMKTP seolah-olah RUMAH KEDUA Mr. See. Selama tempoh lebih kurang 3 DEKAD di SMKTP,
tentu sekali banyak menyimpan kenangan indah buat Mr. See, lebih-lebih lagi Mr. See pernah berkhidmat bersama CINTA HATI kesayangan, iaitu PUAN NYON MEE CHING,
pasangan sejoli yang kekal bahagia
sehingga ke hari ini.
Add caption |
Tahniah
buat Mr. See yang telah melalui dan menempuhi 'kembara guru' yang sangat
panjang, penuh liku dan besar cabaran ini dengan cemerlang sekali. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan
kepada kami dan kepada ribuan anak didik yang telah membina kerjaya
masing-masing di seluruh pelosok negara ini
menjadi kenangan dan kebanggaan buat Mr. See.
Mr. See, pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan andainya ada antara kami di bawah Bidang Bahasa yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah langkah. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur kata kami yang menyinggung perasaan Mr. See. Segala jasa bakti Mr. See sepanjang berkhidmat di SMKTP ini akan dikenang selagi hayat di kandung badan.
Semoga selepas
ini Mr. See dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta dan
dapat memenuhi hobi serta minat yang selama ini tertangguh.
Buat Mr. See...
Sudah terikat dalam hati,
Bersara pasti, kesihatan dijulangi;
Bukan memberi kata dan puji,
Majlis kenangan dekatkan di hati.
Mr. See,
Bersara pasti, kesihatan dijulangi;
Bukan memberi kata dan puji,
Majlis kenangan dekatkan di hati.
Mr. See,
Tiba jua kiranya di muara waktu
Perpisahan mengimbau makna sebuah
rindu
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu
liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan
Berbunga mesra dalam jambangan
ingatan.
Selamat datang persaraan
kerana segalanya hanya
kesementaraan
melengkapi perjalanan
sebuah kehidupan.
Bak air yang mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu
Di sini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu.
Jelinglah kami jika rindu masih
bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab
berpadu.
Selamat berangkat dalam doa berkat
Selamat beristirahat daripada segala
muslihat
Selamat bersara dengan senyuman mesra
Senyumlah seindah suria
Setelah mencurahkan segala-galanya.
Bak air yang mengalir
Sampai di sini kenangan indah pasti
terukir.
SELUHUR BUDI SEJAMBAK MEMORI,
SERIMBUN KASIH MENGGAMIT RINDU.
Selamat Bersara, Mr. See.
TERIMA KASIH.