Thursday, March 28, 2019

Rahsia "A-B-C" Dalam Kerja [1]


Kemampuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan kakitangan merupakan salah satu daripada faktor penting untuk meningkatkan mutu kerja.  Setiap tugasan mungkin menghadapi kesulitan untuk dilaksanakan sekiranya suasana yang harmoni tidak mampu diwujudkan dalam kalangan pekerja.

Menurut Puan Noraini Ahmad dalam bukunya "Budaya Kerja Cemerlang" (Utusan Pub. & Distributors, 2003), beberapa panduan diperlukan sebagai langkah awal untuk mengurangi dan seterusnya mengawasi suasana genting, iaitu ADAB, BANTU dan CERIA, ringkasnya "A-B-C".

ADAB
Adab kesopanan penting sebagai langkah mewujudkan suasana yang harmoni.  Tidak kira apa peringkat kedudukan seseorang itu, PENGURUS, PENTADBIR, mahupun PEKERJA SOKONGAN, sesorang itu perlu BERADAB sesama sendiri. Kadang-kala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana perbuatan itu lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.

Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut :
1.    Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, "Tolong."
2.    Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan. 
       "Terima kasih."
3.   Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan,
      "Saya minta maaf."

Ketiga-tiga langkah ini dapat dilaksanakan dengan spontan dan lebih berkesan apabila kita meletakkan diri kita dalam suasana kita sedang menghadapi sesuatu masalah. Ketika itu kita mahu orang lain memahami perasaan kita.  Namun, kita perlu terlebih dahulu merasakan seperti mana yang dialami oleh rakan kita kerana atas sikap empati inilah kita mampu untuk bertingkah laku dengan penuh ADAB.


Saturday, March 16, 2019

Mikhail Genap 2 Tahun





15 MAC 2019 genaplah 2 tahun usia cucuanda MUHAMMAD FALIQ MIKHAIL putera kepada MOHD FARIS NAIN dan SITI NUR AISHAH ISMAIL.





Sunday, March 3, 2019

Konsert Pancaragam SMJKTP

Tahun ini saya begitu teruja untuk menonton konsert Pasukan Pancaragam SMJKTP.  Tahun lepas saya hanya membeli tiket  daripada anak murid yang merupakan salah seorang anggota pancaragam sekolah, sebagai tanda sokongan saya terhadap projek ini.  


Tertarik dengan konsep Radio FM serta lagu-lagu malar segar @ oldies yang akan dimainkan nanti, aku awal-awal lagi telah membeli tiket PREMIUM.  



 Aku begitu kagum dengan semangat semua ahli pasukan pancaragam yang terlibat yang telah berlatih siang dan malam setiap hari semata-mata untuk memastikan para penonton terhibur dengan persembahan mereka



Cikgu bangga dengan semua ahli pasukan pancaragam yang telah mempersembahkan satu pertunjukan yang sangat istimewa dan mempunyai kelas yang tersendiri.  Masa berlalu tanpa disedari sehingga lah ke alunan muzik yang terakhir. 

Syabas dan tahniah.  Tahun hadapan boleh dimasukkan juga lagu-lagu malar segar Alahyarham Tan Sri P.Ramlee secara medley dalam persembahan konsert seumpama ini.