Thursday, March 28, 2019

Rahsia "A-B-C" Dalam Kerja [1]


Kemampuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan kakitangan merupakan salah satu daripada faktor penting untuk meningkatkan mutu kerja.  Setiap tugasan mungkin menghadapi kesulitan untuk dilaksanakan sekiranya suasana yang harmoni tidak mampu diwujudkan dalam kalangan pekerja.

Menurut Puan Noraini Ahmad dalam bukunya "Budaya Kerja Cemerlang" (Utusan Pub. & Distributors, 2003), beberapa panduan diperlukan sebagai langkah awal untuk mengurangi dan seterusnya mengawasi suasana genting, iaitu ADAB, BANTU dan CERIA, ringkasnya "A-B-C".

ADAB
Adab kesopanan penting sebagai langkah mewujudkan suasana yang harmoni.  Tidak kira apa peringkat kedudukan seseorang itu, PENGURUS, PENTADBIR, mahupun PEKERJA SOKONGAN, sesorang itu perlu BERADAB sesama sendiri. Kadang-kala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana perbuatan itu lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.

Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut :
1.    Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, "Tolong."
2.    Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan. 
       "Terima kasih."
3.   Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan,
      "Saya minta maaf."

Ketiga-tiga langkah ini dapat dilaksanakan dengan spontan dan lebih berkesan apabila kita meletakkan diri kita dalam suasana kita sedang menghadapi sesuatu masalah. Ketika itu kita mahu orang lain memahami perasaan kita.  Namun, kita perlu terlebih dahulu merasakan seperti mana yang dialami oleh rakan kita kerana atas sikap empati inilah kita mampu untuk bertingkah laku dengan penuh ADAB.


1 comment:

lovemachoco said...

numpang share ya min ^^
buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||