Sunday, September 30, 2018

MENJELANG PT3_2018

Tinggal beberapa jam lagi, dengan lebih tepat lagi 1 OKTOBER 2018, iaitu hari ISNIN,  esok, peperiksaan PT3 2018 akan berlangsung.

Hari-hari terakhir sebelum PT3, suasana di sekolah agak sibuk.  Agenda penting menjelangnya PT3 ialah  Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat, Taklimat Akhir PT3 dan penyusunan dewan / bilik peperiksaan.    

Khamis lepas, 27 SEPTEMBER, tepat pukul 7.30 pagi bertempat di Dewan Wawasan, bermulalah Majlis Restu Ilmu untuk  calon PT3 2018. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid yang terlibat memohon restu daripada guru dan ibu bapa / penjaga agar mendoakan kejayaan mereka.   


Usai ucapan oleh wakil murid dan GPK HEM, majlis diakhiri dengan setiap calon peperiksaan PT3 menemui setiap guru yang mengajar Ting 3 untuk memohon restu agar mereka memperoleh keberkatan daripada-Nya dan saling bermaaf-maafan. Semua murid Ting. 3 beratur untuk bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, semua murid akan dapat menduduki peperiksaan pada 1hb ini dengan penuh yakin dan tenang, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

LAFAZ RESTU DARI GURU
"Kami berdoa dan merestui serta gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yng telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-biknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang"

Kami berharap agar semua calon PT3 bersedia bukan sahaja dari segi ilmu, malah persediaan mental, emosi dan fizikal juga sangat penting. Ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan kepada mereka agar terus bermotivasi dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami sedar, tekanan dan sasaran bukanlah jalan terbaik untuk memberi kata-kata semangat. 

Sesungguhnya kami warga SMJKTP sentiasa mendoakan agar calon-calon PT3 tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya memperoleh kejayaan yang cemerlang kelak. Insya-Allah.
 

Pada pagi Jumaat, 28 SEPTEMBER 2018 Program Bina Insan, Majlis Solat Hajat yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru Muslim telah diadakan di Dewan Prestasi. 





Antara objektif Majlis Solat Hajat ini adalah untuk :
1) Mendidik murid agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam semua urusan hidup.
2) Merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMKTP dan ibu bapa. 
3)     3) Menjalankan aplikasi solat Hajat secara praktikal kepada calon-calon PT3 dan SPM.

4)    4) Memohon kepada Allah agar memberikan ketenangan dan kejayaan cemerlang kepada semua calon PT3 dan SPM 2018.





Antara pengisian Program Bina Insan semalam, selain mendirikan solat hajat, kami juga melaksanakan solat sunat Dhuha beramai-ramai yang dipimpin oleh CIKGU ZAIDAN HUSIN, diikuti bacaan Yaasin,  amanat terakhir daripada Tuan Pengetua SMJKTP iaitu ENCIK CHAN KOK WAI, dan diakhiri dengan tazkirah daripada GPK HEM, ENCIK JOHARI BUDIN.   




Kami telah menyediakan sedikit jamuan untuk semua murid yang terlibat dengan solat hajat ini hasil sumbangan ikhlas daripada guru-guru Islam SMJKTP.   

Selepas rehat, lebih kurang pada pukul 10.20 pagi, kerja-kerja penyediaan bilik dan dewan peperiksaan.  SMJKTP yang tidak mempunyai dewan tertutup terpaksa 'membuka' 4 buah kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan dan menggunakan 10 buah bilik darjah untuk menempatkan lebih kurang 370 calon PT3, pusat peperiksaan CK025.... Urusan penyediaan dewan / bilik peperiksaan dimulakan sebaik sahaja waktu rehat berakhir.  Penyusunan dewan dan bilik peperiksaan dapat diselesaikan dalam masa lebih kurang 1 jam sebagaimana yang telah ditetapkan dengan kerjasama daripada semua guru dan murid.



Nampaknya penantian dan perjuangan murid menengah rendah selama tiga tahun sudah hampir sampai ke matlamatnya.   Sudah tentu guru, ibu bapa, pihak PPD malah JPNP sekalipun sedang memfokuskan kepada PT3 yang akan dijalankan pada 1 - 4 OKTOBER 2018 nanti.
   

Bagaimana pula untung nasib calon-calon PT3 SMKTP, khususnya anak-anak didikku... 3K10 dan 3K4 ?  Bagaimanakah agaknya hasil yang dituai daripada kumpulan pertama Kelas Millenium ?




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI....

Sunday, September 23, 2018

SMJKTP_3 in 1_ Sept 2018

Tahun ini pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh ENCIK CHAN KOK WAI, Pengetua SMJKTP telah merancang seawal suku pertama sesi 2018 untuk mengadakan program yang lazimnya  diadakan secara berasingan pada tahun-tahun sebelum ini sebagai satu program mega.  Bertemakan SEMARAKKAN PERPADUAN MENUJU KECEMERLANGAN, Program 3 dalam 1 ini telah direalisasikan dengan penuh meriah dan jayanya pada 21 & 22 SEPTEMBER lepas. 

Program yang dimaksudkan itu ialah :
1) Karnival Kokuria [21/9 - 22/9]
2) Perayaan Pesta Tanglung [21/9]
3) Majlis Apresiasi Kokurikulum [22/9] 


ENCIK JALANI, PUAN ROHANI DERAMAN selaku penyelaras program berkolaborasi dengan  Penolong  Kanan Kokurikulum yang baharu, iaitu ENCIK TAN KA KEONG  telah berjaya menggembleng tenaga, idea dan kreativiti warga SMJKTP melalui AJK yang dilantik sehingga menjadikan program 3 dalam 1 ini satu progam yang boleh dibanggakan dan pasti akan menjadi 'bench mark' untuk program-program selepas ini.  

Walaupun sibuk dengan pelbagai program peningkatan akademik khususnya guru-guru yang terlibat dengan kelas-kelas peperiksaan awam PT3 dan SPM, tetapi setiap AJK sangat komited dan  telah bertungkus lumus membuat persiapan bermula selepas cuti pertengahan tahun yang lalu.  Segala penat lelah terlunas apabila program 3 dalam 1 ini berjalan dengan lancar dengan izin-Nya, seawal pagi JUMAAT 21/9/18 hingga lewat malam dan bersambung pula pada SABTU 22/9/18.


Tanglung berwarna warni menghiasi sekitar dewan 
sambungan.


Pemenang pertama pertandingan mewarna kategori sekolah rendah
Pertandingan mewarna merupakan antara aktiviti Program Pesta Tanglung yang mendapat sambutan hangat setiap tahun dalam kalangan murid TADIKA dan juga murid SRJK(C). 







 juntaian teka teki
dapat hadiah pen kerana dapat jawab soalan teka teki
Majlis perasmian Karnival Kokuria yang disempurnakan oleh ENCIK CHONG, YDP PIBG SMJTP















Add caption






Menunggu ketibaan VIP yang dijemput khas untuk upacara perasmian sambutan Pesta Tanglung





Juruacara majlis untuk upacara Perasmian Perayaan Pesta Tanglung yang diadakan pada hari JUMAAT, 21/9/18 pukul 7.45 malam.  Upacara perasmian ini disempurnakan oleh Wakil Khas YB Fuziah.

1) Pn. Rokiah 
2) En. Teo Wei Sing
3) Pn. Ewe






Persembahan Tarian Singa yang sentiasa ditunggu-tunggu.  Persembahan ini dilakukan oleh murid SMJKTP yang telah berjaya mendapat perhatian Majlis Olimpik Malaysia dan membawa mereka ke kejohanan Belt and Road Dragon and Lion Dance Invitational Tournament  di Macau, China pada 2 - 4 Ogos 2018.  Mereka berjaya mendapat tempat ke-3. 




Usai majlis perasmian Pesta Tanglung sekitar pukul 11.00 malam, warga SMJKTP terus menyiapkan dewan untuk Majlis Apresiasi yang akan diadakan pada keesokan hari, 22/9/18 - SABTU



















Back Drop ditukar.... meja kerusi disusun semula sesuai dengan konsep Majlis Apresiasi nanti.







Wednesday, September 19, 2018

19 SEPTEMBER DATANG LAGI....

Raikan 56 & 33  Alhamdulillah.

56 tahun yang lalu, pada bulan SEPTEMBER, hari yang  KE SEMBILAN BELAS, aku dilahirkan sebagai puteri yang kedua kepada pasangan sejoli HJH CHE HALIMAH dan HJ JUSOH ...  Alhamdulillah, kini Mama dan Papa masih sihat dan masih boleh bersama-sama meraikannya....



19 SEPTEMBER 1985  kami disatukan....sedar tak sedar, sudah lebih 3 dekad usia perkahwinan kami hari ini.

Dalam meniti 33 tahun hidup bersama, aku berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana Encik Kasihku seorang yang penyabar kepadaku dan anak-anak. Dia menyayangi kedua-dua ibu bapaku sebagaimana dia menyayangi kedua-dua ibu bapanya dan dia menerima semua ahli keluargaku.   

Begitu juga di pihakku, aku juga menyayangi kedua-dua ibu bapanya,  Allahyarham CHE POK MAT@Tok Ngulu Mamat dan Allahyarhamah MEK KIAH @ Nik Zakiah serta seluruh ahli keluarganya.  Aku menerima mereka seadanya.

Dalam tempoh itu, pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuh dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah, yang mendidik anak-anak demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia dunia dan akhirat. Semoga jodoh pertemuan kami berkekalan dan diberkati oleh ALLAH s.w.t hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga Firdaus….

Setelah 33 tahun membina mahligai bahagia, perjalanan yang perlu kami tempuh masih jauh di hadapan. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Di samping merenung masa depan, sesekali aku menoleh ke belakang mengimbau pengalaman lebih 3 dekad yang telah berlalu....

19 September 1985 – 
19 September 2018

Selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke-33  
190917

Kepada Encik Kasihku, terima kasih kerana masih menerima diriku sebagaimana hari pertama aku bergelar isteri. Terima kasih yang tidak terhingga kerana membuatkan diriku sentiasa istimewa di sisimu, sentiasa sabar dengan diriku dan anak-anak. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang paling akrab, kekasih yang sentiasa dirindui dan suami yang terus setia bersama dalam susah atau senang....terima kasih atas segala-galanya....

26 OGOS 1984
Segalanya bermula tanpa diduga. Segalanya ALLAH s.w.t yang tentukan, kita hanya merancang dan berdoa... Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta.  Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang.  Pautan ini berasal dari angan-angan atas nama rindu.  Sesungguhnya ini adalah cinta, sayang dan rindu yang akhirnya menyatukan kami berdua...


Sejarah awal pertemuan dan seterusnya membawa kami ke alam perkahwinan, sangatlah ringkas. Biarlah sejarah itu menjadi kenangan kami berdua dan akan tetap diingati setiap saat, tidak hanya pada hari ulang tahun perkahwinan…. Kampus biru menjadi saksi dua hati berbicara dalam rahsia....


Kami sedar, berkahwin pada usia muda banyak cabarannya. Sesungguhnya, apa yang penting dalam perkahwinan ialah bagaimana suami isteri itu akan melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Hal ini bukanlah tanggungjawab satu pihak sahaja. Kedua-duanya ada peranan masing-masing. Anak-anak merupakan buah dari cinta dan kasih sayang sepasang suami isteri yang datang bersama amanah yang terpikul di bahu.



Sedar tak sedar, kini sudah 33 tahun kami hidup bersama-sama untuk saling melengkapi; dihiasi 3 orang permata hati, MOHD FARIS, MOHD FAHMI dan SITI NADIAH dan dua orang menantu kami, anakanda NURUL AINA AWANG dan SITI NUR AISHAH yang telah melengkapkan hidup kami sekeluarga.… 



Istimewa sekali, kehadiran cucuanda FARHAH HANNAN BT. MOHD FAHMI (6 tahun), FALISHA SALSABILA BT. MOHD FAHMI (4 tahun), dan MUHAMMAD FALIQ MIKHAIL B. MOHD FARIS (1 tahun 6 bulan) si cilik yang sentiasa menghiburkan kami semua....rindunya Mak Tok....






Ya Allah, berkatilah kehidupan keluarga kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan jalan yang KAU redhai. Amin.









Thursday, September 13, 2018

Cerita Mikhail [1] : Tatkala Umi & Abi tiada di sisi

Buat pertama kalinya dalam hidup sejak bergelar ibu hinggalah kini mempunyai 3 cucu.... ada 'baby car seat' dlm keretaku.  

12/9/18 - Abi Mikhail terpaksa 'berehat' di KMC untuk mendapatkan rawatan susulan kerana batuk sejak sebelum Aidiladha akibat tersedut 'jerebu' di Port Dickson beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya korban baru-baru ini.   Umi Mikhail di JB dan TokAyah Mikhail pula di KB.  

Setelah puteri bongsu yg kini sudah berusia 29 tahun, baru sekarang aku tidur berdua bersama-sama kanak-kanak kecil, cucuanda si cilik MUHAMMAD FALIQ MIKHAIL B. MOHD FARIS yang akan genap 1 tahun 6 bulan, esok 15/9/18.   

13/9/18 - Khamis - Aku bersiap-siap seawal 5 pagi.  Segala keperluan sudah dimasukkan ke dalam kereta sebelum tidur, utk elakkan kelewatan pada esok pagi.

Usai solat subuh aku terus menyiapkan Mikhail, tukar pampers, bagi minum susu dan bawa ke kereta.  Tepat pukul 6.10 pagi kami sudah berada dalam WQP.  Selang lebih kurang 6 minit, kami sudah sampai di hadapan rumah 'Mama' Mikhail di IM1.  Lebih kurang 6.20 pagi aku bertolak ke tempat kerja dan alhamdulillah aku tiba seperti biasa di pekarangan SMJKTP, iaitu sebelum 6.35 pagi.    

Satu pengalaman baharu buatku.    


Zaman anak-anakku kecil dulu, aku tidak pernah melalui pengalaman ini kerana ada pembantu rumah yang dianggap sebagai keluarga sendiri yang akan mengurus dan menjaga 3 orang anakku yang masih kecil tatkala aku keluar ke tempat kerja.  

3 beradik itu MOHD FARIS @ Abi Mikhail, MOHD FAHMI dan SITI NADIAH yang jarak usia mereka antara 1-2 tahun sahaja.   

Syukur kepada Ilahi kerana pada usiaku menjangkau lebih 5 dekad setengah ini, aku sempat melalui pengalaman ini yang tidak pernah aku alami pada zaman mudaku dahulu.








Tuesday, September 11, 2018

Selamat Tahun Baharu 1440 Hijriyah

Hari ini cuti umum sempena Maal Hijrah.  Aku tidak ke mana-mana hari ini memandangkan Encik Kasihku akan berangkat balik ke KB meneruskan tanggungjawabnya....

Hari baharu, tahun baharu kembali lagi.... Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita.  Setiap saat kita diuji.  Diuji dalam pelbagai bentuk....



SELAMAT TAHUN BAHARU  @ 1 MUHARAM 1440H

Kita mungkin menjadi insan yang baik apabila kita diuji dengan kesusahan tetapi ramai yang gagal mengawal dan mengurus minda serta iman apabila diuji dengan kesenangan.

Perjalanan kita, setiap detik semakin hampir ke destinasi abadi....





Tetamu Senja
Kita datang ini sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembali kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa dan pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempak ke laut biru kekuningan darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas
Kita datang ini
Satu roh satu jasad
Bila pulang nanti
Bawalah bakti pada berkat

... A. samad Said


SELAMAT TAHUN BAHARU  HIJRIYAH 

Monday, September 10, 2018

Sepetang Bersama Tersayang di Taman Esplanade Benteng

Sore 10 SEPTEMBER 2018, Isnin.

Bukan selalu ada kesempatan begini.

Selalunya kami berhujung minggu di D'LAvender PC.

Bawa cucuanda Mikhail bersiar-siar.  Senang sekali melihat Mikhail berlari-lari anak di sepanjang laluan.






Saturday, September 8, 2018

Santai di Pantai Sepat

8 SEPT 2018 - Hujung minggu di Kuantan.  Bawa cucuanda jalan-jalan tepi pantai.  Singgah di Pantai Sepat.  Merasa ICT di warung sekitar Pantai Sepat.