Sebut sahaja JB, teringat saya akan lagu nyanyian Aziz Ahmad ini.... Tanjung Puteri...
https://www.youtube.com/watch?v=GCo_Rofq-cw
1 SEPTEMBER
Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi, singgah sarapan di sebuah gerai sebelum susur masuk ke Jalan Muazam - Kuantan...
Lebih kurang pukul 10 pagi kami bergerak ke JB via Muazam Shah - Selancar - Yong Peng - JB
Kami sampai di hotel penginapan di DATARAN LARKIN lebih kurang pukul 2.30 ptg... check in, keluar minum, rehat di hotel.
Lepas Maghrib kami ke Warehouse @ Kilang berhampiran tempat penginapan kami. Warehouse ini pada asalnya ialah kilang bateri Eveready.
2 SEPTEMBER
- breakfast di Restoran Mak Teh terletak di Nong Chik Height, Jalan Kolam Air.
- pusing-pusing bandar JB dan singgah di AEON Bukit Indah.
- Pada sebelah petangnya, kami berkunjung ke rumah sepupu Echah di Bandar Baru Uda.
3 SEPTEMBER
- Pagi-pagi lagi ke INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA @ Kolej Sains Bersekutu Kementerian Kesihatan, yang letaknya lebih kurang 7 km dari tempat kami menginap, dalam kawasan Kempas.
- Echah akan mendaftar sebagai pelatih selama setahun di sini untuk PostBasic @ Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan dengan tugasnya sekarang.
Kami bertolak balik ke Kuantan lebih kurang pada pukul 3:00 petang, via MERSING.
Hujung minggu nanti Mikhail dapat bertemu semula dengan Umi....
No comments:
Post a Comment