Cuti sekolah akhir tahun tiba lagi.... terasa cepatnya masa berlalu. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan meninggalkan 2013. Tahun demi tahun berlalu, menandakan hayat kita juga semakin singkat. Perjalanan kita kian hampir tiba ke destinasi abadi.
Sesekali dalam suasana yang hening begini, minda diterjah persoalan tentang 'hidup' yang telah lebih 5 dekad dilalui. Sesungguhnya, hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan...
Sesekali dalam suasana yang hening begini, minda diterjah persoalan tentang 'hidup' yang telah lebih 5 dekad dilalui. Sesungguhnya, hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan...
Mengenangkan diri sendiri... untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mengejar 'kebahagiaan', kita cenderung memaksa diri dengan bekerja keras setiap hari mencari wang, kuasa dan keyakinan. Kita cenderung mengabaikan kesihatan kita, kehidupan rohani kita, waktu bersama keluarga, dan kesempatan mengagumi keindahan di sekeliling kita dan hal-hal yang ingin kita lakukan.
Kadang-kadang, kita cenderung tidak memikirkan dengan serius hidup kita sesudah mati walaupun semua orang percaya kehidupan sesudah mati.
Suatu hari ketika kita menoleh ke belakang, kita akan melihat betapa kita tidak memerlukan wang, kuasa dan keyakinan diri sebanyak itu dan kita tidak mampu mengundurkan waktu atas semua hal yang tidak sempat kita lakukan.
Maka, mulai saat ini luangkanlah masa untuk memikirkan sejenak hal yang akan terjadi jika kita 'pergi jauh' meninggalkan alam fana ini kelak.
Atau apa yang akan kita lakukan saat ini seandainya kita tahu bahawa kita akan meninggal dalam waktu seminggu lagi? Sebulan lagi? Setahun lagi? 10 tahun lagi? Atau 40 tahun lagi?
Bukankah suatu hal yang menyenangkan sekaligus menyeramkan seandainya kita tahu bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini dan pulang ke alam baqa.?
Soalnya kita tidak tahu, kita semua tidak ada yang tahu... biarlah kita meneruskan perjalanan ini untuk menuju destinasi abadi di atas landasan yang betul.
No comments:
Post a Comment