Thursday, June 18, 2009

Selamat kembali




Tepat 2.00 petang waktu tempatan 14 hb Jun 2009, rombongan kami selamat tiba di KLIA. Abe, adik-adikku (Noni, Mutia, Nadia & Idayu) serta anak-anak buah (Along Aina, Tasha, Najwa, Ika, Afiq & Baby Balqis) Lie, setia menanti sejak pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih.

Syukur kepada Ilahi kerana memberi peluang menjadi tetamu-Nya. Banyak pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Yang pasti, ia memantapkan lagi keimanan dan rasa syukur terhadap KEESAAN-NYA serta memperkasakan lagi kefahaman tentang apa yang didengar atau dibaca sebelum ini berkenaan dua kota suci itu.

Agak lewat memulakan coretan ini kerana diri masih terkenang dan termangu-mangu akan keistimewaan Tanah Haram. Sehingga kini, setiap saat, waima dalam tidur, masih termimpi-mimpi berada di sana.

Bersyukur juga kerana setiap urusan di sana dipermudahkan. Kesihatan langsung tidak terganggu walaupun persekitaran agak berdebu dan panas - ada ketika suhu menjangkau 45 darjah celcius. Alhamdulillah.

Cuma, selepas sehari tiba di tanah air, akibat kekurangan minum air semasa dalam penerbangan, penyakit tonsilitis yang memang sejak sekian lama ada, mula menunjukkan 'garang'....

No comments: