Pada hari raya Aidiladha lepas, cadangan awal lokasi utk diadakan upacara korban ialah berhampiran tebing sungai Kelantan, lebih kurang 500 meter di belakang rumah Mama. (memandangkan beberapa hari sebelum itu hujan turun tidak henti-henti, tanah di sekitar menjadi lembut. Ini menyukarkan laluan untuk turun ke sungai... jadi terpaksa tukar ke tempat baru yg berhampiran)
Kami ke lokasi tersebut sebelum dimaklumkan pertukaran tempat.
Lokasi asal itu mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Di sinilah tempat kami (biasanya aku dan Noni) merayau2 dalam kebun Atok & We Tok Mek, terutama semasa musim buah-buahan dan tentu sekali waktu cuti sekolah.
Ada sebuah bangsal kecil tempat We Tok Mek berehat setelah penat berkebun. We Tok Mek tanam sireh, pokok pisang dan pelbagai jenis ubi. We Tok Mek banyak menghabiskan masa sehariannya di sini. Kalau aku singgah di bangsalnya, We Tok Mek akan bakar ubi kayu untuk kami. Sedapnya ubi kayu bakar... Tunggul @ unggun api memang sentiasa ada, sebab We selalu bakar daun-daun kering yg disapunya dan tentu sekali berfungsi untuk menghalau nyamuk...!
Berdekatan tempat ini, terdapat kebun durian + pokok getah milik Atok Che Yusof, yang kini diwarisi oleh Pok Muda Leh (adik Mama). Pokok durian isi molek tu masih tegak berdiri walaupun di sekelilingnya sudah tersergam banglo milik anak-anak penduduk asal kg ini yang seangkatan denganku.
Laluan ke tebing @ pangkalan sungai mengingatkan zaman kanak-kanakku yang suka bermain sungai. Airnya yang jenih membolehkan kami mandi-manda walaupun tak tahu berenang. Masih kuingat lagi... kami sangat seronok jika ada motobot lalu. Bila bunyi sayup2 enjin bot tersebut, kami akan standby, walaupun motobot belum kelihatan. Motobot ni membawa para peraih untuk mudik ke hilir yg berniaga di pasar KB. Bila motobot lalu hampir dengan kami yg sedang mandi-manda itu, air akan menjadi berobak-ombak. Kami akan melambai-lambai tangan kepada penumpang dlm motobot itu... mereka juga membalas lambaian kami. Teruja amat menunggu saat-saat air berombak. Seronok rasanya waktu itu. Maklumlah, budak kampung, katakan...!
Dulu, di pangkalan tu, ada sebuah pelantar. Kanak-kanak lelaki yang suka main terjun2 menjadikan pelantar itu sebagai platform. Deburan air serta desiran bunyi daun-daun buluh serta aur di tebing sungai menjadikan suasana tenang dan indah sekali.
Di pangkalan itu jugalah motobot dari sebelah hilir (KB) akan singgah membawa bekalan seperti budu, ikan masin dll. Semua ini dibawa oleh Tok Nik Lijah, kerabat @ warih sebelah We Tok Mek yg tinggal di Pantai Kundur @ Sungai Budur, dekat PCB. Barang-barang tersebut akan diletakkan di rumah We Tok Mek dan penduduk kg akan datang untuk membelinya.
Terdapat juga penduduk kg - contohnya, Mak Aji Limah yg sering mudik ke kebunnya di Dabong, Hulu Kelantan - akan menaiki motobot di pangkalan tersebut. Dulu, untuk ke hulu Kelantan, penduduk kg menggunakan jalan sungai kerana lebih murah dan cepat. Masa balik, Mak Aji akan membawa balik hasil2 hutan yg terdapat di sana seperti buah perah, petai dan lain-lain lagi utk dijual di sini...
Sebenarnya, laluan menuju ke pangkalan sungai itu sudah lama tidak kujengok, apatah lagi menjejakkan kaki utk turun ke sungai. Rasanya, setelah masuk sekolah menengah kami sudah tidak lagi ke sana. Ada lebih kurang 35 tahun berlalu. Sekarang sudah tidak ada orang yg mandi-manda di sungai. Air sungai sudah berubah warna, tidak lagi jernih... dah jadi seperti 'teh susu' warnanya jika musim hujan...!
Keadaan sekarang sudah banyak berubah. Di sepanjang jalan ke pangkalan sungai dari rumah Mama melalui Lorong Pakat, tersergam rumah besar-besar. Dulu kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok buah-buahan dan juga pokok getah. Mama selalu bercerita, tetapi tidak berkesempatan ke sana...baru kini, setelah lebih 30 tahun aku lihat geofizikalnya sudah berbeza sekali...
... yg pasti nostalgia zaman kanak2 kembali singgah dalam memoriku tanpa sedar...
Foto : 1) We Tok Mek - 1981 ... 2 & 5) laluan ke pangkalan... .3) ... dusun bertukar menjadi banglo...4) berhampiran lokasi bangsal We Tok Mek suatu ketika dulu ...

No comments:
Post a Comment