Kota Kubang Labu - sebuah kota terakhir pemerintahan Raja Jembal, yang diperintah oleh Long Yunus. Daripada keturunan Long Yunus inilah asalnya Raja Kelantan sekarang.
Digambarkan oleh S.Othman Kelantan dalam novelnya "ORANG KOTA BHARU", Sungai Kelantan yang mengalir tenang ini mempunyai dua tebing yang berlainan, satu landai dan satu curam, merakam dan membenamkan sejarah lampau.
Di sepanjang tebing yang agak tinggi dan curam, yang tersirat berselirat dengan akar buluh aur yang berumpun-rumpun subur dan hijau, dan berlumut berselut tidak terpermanai banyaknya, bermula dari pangkalan Kg Sireh dan pangkalan Lorong Gajah Mati hingga ke pangkalan Sungai Budur sampai ke Banggol dan Kampung Kijang dan Pulau Pisang, sendat dengan rumah orang Melayu. Terdapat juga rumah-rumah rakit yang berangkai-rangkai seolah-olah bunga gergasi yang tumbuh di permukaan sungai.
Di seberang sana, tepiannya agak landai terhampar indah dan seakan-akan tikar putih berpetak-petak yang kurang jelas, tetapi sambung-menyambung. Dahulu, pada waktu malam ketika bulan terang, kedengaran bising suara riang dan ketawa muda-mudi, bersama ibu bapa dan para gadis menikmati keriangan dikir barat atau wayang kulit atau rebana kerenceng atau tari inai atau kadang-kadang menora. Siangnya juga riang dengan perlawanan wau pelbagai jenis, atau dimeriahkan dengan perlawanan gasing dan pencak silat; atau paling tidak, kemeriahan kumpulan dara dan teruna yang bermain dan bersimburan air di tepi sungai ini.
Dahulu, di sebelah atas seberang landai itulah terletaknya KOTA KUBANG LABU. Kini, seluruh seberang sungai yang landai itu disebut Pasir Pekan, bersambung dengan Palekbang dan Kampung Laut dan terus ke Kampung Sungai Pinang. Kerajaan yang berpusat di Kota Kubang Labu ini meliputi sebuah jajahan yang disebut negeri dalam pemerintahan seorang raja yang amat berkuasa dalam abad ke-17, termasuk Wakaf Baru, Chabang Empat Tok Mek Ngah, Morat, Terbak, Tumpat dan juga Geting.
...sekadar mengenang warisan negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga...

No comments:
Post a Comment