Wednesday, April 6, 2011

Doa buat sahabat...


Seperti biasa, seawal 6.40 pagi kami sudah berada di Bilik Guru. Keheningan pagi hari Selasa lepas, saya dikejutkan dengan berita tentang seorang sahabat yang juga rakan sekerja yang sedang dirawat di HUSM, Kubang Kerian KB. Terkedu dan terkejut. Sesungguhnya setiap daripada kita tidak terlepas daripada ujian hidup.

Doa daripada kami semua agar Dillah dan seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran untuk berdepan dengan ujian getir ini. Semoga Allah s.w.t meringankan beban kesakitan yang ditanggung. DIA-lah yang Maha mengetahui apa-apa yang terbaik untuk umatnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...!

foto : Dillah setahun yang lalu semasa Mesyuarat Panitia Matemasik - April 2010

1 comment:

teratai said...

salam ros,

semoga Ila tabah menghadapi dugaan ini. Sama2lah kita berdoa supaya ada jalan penyembuhan utk sakit yg dideritai Ila sekarang!