bersambung lagi....
Guru yang mengajar kami semasa Tingkatan 5 pula, antaranya ialah Cikgu Wan Zakaria, Cikgu Jaswant Kaur, Mr. Tanimalai, Mr. Yeap, Ustaz "Sodok".... (lupa nama beliau), Mr. Murkherjee, Cikgu Farid, dan beberapa orang lagi... rupa masih jelas dalam ingatan tetapi sudah tidak ingat nama mereka...
Guru BM semasa di Tingkatan 5 ialah Cikgu Wan Zakaria. Orangnya sederhana tinggi, sesuai dengan saiz badannya yang tidak besar, berkumis nipis dan sentiasa kelihatan ceria merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak sekolah. Mudah tersenyum dan jarang sekali melihat beliau 'naik darah' dengan murid-muridnya.... Beliau berulang alik ke sekolah dari rumahnya dengan kereta fiat berwarna coklat tua. Selepas hampir 15 tahun meninggalkan SIC, saya bertembung sekali dengan beliau ketika sama-sama membeli pisang goreng di sebuah gerai dekat dengan bulatan Wakaf Hj Abdulah, Kota. Beliau bersara sebagai seorang Pengetua di sebuah sekolah di Wakaf Baru.
Jika Cikgu Zaiton mengajarkan Geografi semasa kami Ting 4, subjek tersebut diambil alih oleh Ms Jaswant Kaur semasa kami di Tingkatan 5. Masih terbayang senyuman manis yang sentiasa menghiasi bibir beliau menjadikan kami tidak jemu untuk menunggu beliau masuk ke kelas. Gaya pengajaran beliau yang santai dan mudah difahami amat menarik dan menjadikan kami sangat meminati subjek yang diajar. Dengan sehelai kertas di tangan, sebatang kapur terselit di jari, beliau akan melakar peta atau lokasi yang diajar. Peta negara Jepun, India, dll... Banjaran Appalacian di kawasan Red Indian, yang memisahkan pantai timur dengan rangkaian tasik besar di Canada - Amerika seperti Tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior, dan padang rumput Midwest... dilakar serta diterangkan dengan jelas sekali.... asyik kami mendengar setiap butiran yang keluar daripada kedua-dua bibirnya yang mongel itu.... Kemudian, Ms Jaswant Kaur berpindah ke sebuah sekolah di Subang Jaya.
Guru Modern Maths kami semasa di Ting. 5 ada dua orang. Pada mulanya kami diajar oleh Cikgu Farid. Seorang yang berbadan kecil dan sederhana tinggi, berkaca mata bulat yang nampak seperti tertenggek di atas hidungnya.... agak mesra dengan kami. Kadang-kadang ada juga waktu yang membuatkan beliau 'naik angin' jika terdapat murid yang tidak siapkan kerja rumah/ tidak hantar buku latihan yang diberi.... Kemudian, Cikgu Farid telah melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UTM, Jalan Gurney (kini, Jalan Semarak), KL.
Sepeninggalan Cikgu Farid, kelas Modern Maths kami digantikan oleh Mr. Tanimalai. Guru yang berasal dari Alor Setar ini kurus orangnya. Berambut ikal, mudah tersenyum dan mudah mesra. Suaranya jelas dan lantang ketika mengajar.
Saya sudah hampir lupa nama-nama guru yang mengajar komponen subjek Science, kecuali Mr. Yeap. Mr. Yeap mengajar kami Biology. Yang saya ingat tentang Mr. Yeap, beliau agak kurus dan badannya kelihatan melengkung (seperti tidak ada perut....), matanya yang sedikit juling itu sentiasa berkelip-kelip (orang lain pun berkelip juga, tapi beliau ni unik sikit..) Beliau kemudiannya berkahwin dengan Ms. Lee - guru English semasa saya Ting. 1 di SM Kota.... Beliau juga adalah antara guru penasihat 'The Kijang' semasa saya menjadi salah seorang ahli Badan Redaksi The Kijang pada tahun 1981.
Ya, baru saya ingat, Ms Lim dan Ms Goh, baru keluar dari universiti ketika itu, masih muda dan ini merupakan 'first posting' untuk mereka. Ms Goh mengajar kami Chemistry sejak di Ting. 4 lagi dan terus sambung ke Ting. 5. Saya masih ingat bagaimana Ms Goh mengajar topik molecules - solid, liquid and gas semasa Form 4, kena lukis dalam buku nota bentuk molecule tersebut.... ah, tiba-tiba sahaja teringat akan senyuman Ms Goh yang berkaca mata, berambut lurus potongan 'bob' paras leher itu. Orangnya lembut dan comel. Beliau selalunya sudah siap berada di meja guru yang panjang dan tinggi itu di makmal. Kami mengambil sedikit waktu kerana jarak antara kelas kami dengan makmal agak jauh. Apatah lagi kalau jalannya bersantai makan angin.... Kami menggunakan makmal di tingkat bawah bangunan blok baru, iaitu bangunan 4 tingkat yang dikhaskan untuk murid Ting. 4 & Ting.5 aliran Sains....
Seorang lagi guru yang masih saya ingat ialah Mr. Mukherjee. Wajah dan perawakan beliau seperti "Orang Putih". Kalaulah nama beliau Mr. Donald ke, atau Mr. Wilson ke, atau Mr. Hall ke, pasti sah, beliau berbangsa Inggeris. Beliau berkaca mata berbingkai tebal dan kelihatan sudah agak berumur.
Mr. Mukerjee mengajarkan subjek Seni Lukis. Beliau sentiasa berada di bilik seni yang juga menjadi 'pejabat' beliau yang letaknya di tingkat 1 bangunan warisan SIC berhampiran Dewan Besar.... (di bawahnya ialah makmal sains tulen, untuk murid Form Six Science, rasanya). Kadang-kadang jika berjalan sorang-sorang melalui lorong dan menaiki tangga menuju ke bilik beliau itu, terasa seperti ada sesuatu yang mengekori kita.... meremang bulu roma.... lebih-lebih lagi kalau waktu petang yang lengang dan sunyi. Ah, mungkin itu hanya perasaan saya, orang yang tak berapa kuat semangat....!
Mr. Mukherjee memang seni orangnya.... beliau mengajar kami dengan tekun, sabar dan teliti.
Ketika itu, hanya 3 atau 4 orang murid 5A5 yang tidak mengambil kertas Seni Lukis semasa MCE 1979. Jadi, ketika kami berada di Bilik Seni lebih kurang 2 jam (3 waktu) pada setiap hari Rabu, rakan kami yang bertiga/ berempat itu akan berada di bilik darjah dengan aktiviti sendiri....! Semasa saya di Tingkatan 6, Mr. Mukherjee mengajar kami subjek English... kami belajar English di Bilik Seni....
Rasanya, cukup dahulu buat sementara.... bersambung nanti kenangan bersama barisan pentadbir SIC ketika itu, Mr. Jerome, Encik Yusof dan En. Ahmad Merican....

Nama dua orang guru wanita yang mengajar kami Chemistry dan Physic, kalau tak silap, Ms. Lim dan Ms Goh.... (betul ke..?).

Saya masih ingat lagi, semasa Form 5 tugasan amali kami adalah menghasilkan batik di atas kain cotton sepanjang 2 meter. Kaedah yang digunakan ialah kaedah stensil. Guna frame yang telah dilekatkan corak yang kita hasilkan sendiri di atas kepingan kertas berlilin, (apa nama benda tu, lupalah...). Kita gunakan seterika untuk melekatkan bahan tersebut pada frame. Ada tema yang telah ditetapkan.
Ketika itu, hanya 3 atau 4 orang murid 5A5 yang tidak mengambil kertas Seni Lukis semasa MCE 1979. Jadi, ketika kami berada di Bilik Seni lebih kurang 2 jam (3 waktu) pada setiap hari Rabu, rakan kami yang bertiga/ berempat itu akan berada di bilik darjah dengan aktiviti sendiri....! Semasa saya di Tingkatan 6, Mr. Mukherjee mengajar kami subjek English... kami belajar English di Bilik Seni....
Rasanya, cukup dahulu buat sementara.... bersambung nanti kenangan bersama barisan pentadbir SIC ketika itu, Mr. Jerome, Encik Yusof dan En. Ahmad Merican....
Foto (1) Mr. Tanimalai, Mr. Yeap, Ms. Lim (?), 1979
Foto (2) Mr. Mukerjeee dan En. Ahmad Merican mengiringi DYMM Sultan dan Raja Perempuan di bilik pameran seni sempena Speech Day 1981....
2 comments:
masih segar dlm ingatan? bagus lah, akak dah byk lupa.
ye Kak Hani, kalau tengok gambar semasa sekolah dulu, mesti terkenang. Tapi dah banyak juga yang dah hilang daripada ingatan... ingat rupa, tak ingat nama.
Post a Comment