Sunday, November 20, 2011

Singkong dan nostalgia ubi kayu....


Kalau di Seberang Selat Melaka jenis makanan ini dikenali sebagai singkong, sama ada singkong rebus ataupun singkong goreng, tetapi di sini kita panggil ubi kayu... ubi kayu rebus atau ubi kayu goreng....


Sebut pasal singkong ni, teringat saya sebuah lagu dari seberang yang pernah popular suatu ketika dahulu..Lagu Singkong dan Keju, ciptaan Arie Wibowo...


" Kau bilang cinta padaku... aku bilang pikir dulu...

selera kita terlalu jauh berbeda....

parfummu dari Paris... sepatumu dari Itali....

Kau bilang demi gengsi...semua serba luar negeri....

Manakah mungkin.... mengikuti caramu yang penuh huru-hara...

Aku suka jaipong...kau suka disco

Aku suka singkong....kau suka keju

Aku dambakan seorang gadis yang sederhana...

Aku ini hanya anak singkong....hanya anak singkong..."


Masa tu, saya sendiri pun tak faham maksud singkong.... ! Rupa-rupanya singkong ini ialah ubi kayu...

Semasa wisata kami ke Bandung baru-baru ini, di mana-mana sahaja kami dapat lihat singkong ini dijual oleh penjaja gorengan dengan kereta sorong. Yang uniknya, singkong @ ubi kayu goreng ini ditabur dengan parutan keju dan sebuk cili di atasnya.... Pada mulanya saya tidak berani mencuba, tapi setelah merasa satu, memang sedap...lemak masin.... cuma tak tahan rasa pedas serbuk cili....

Dulu, apabila tiba musim hujan, Atok akan ke tebing sungai untuk ambil ubi kayu. Ubi kayu ni kalau baru dicabut masih fresh dan tak masuk angin lagi. Biasanya kami akan tolong koyakkan kulitnya, basuh dan rebus sampai empok. Sambil-sambil tu Atok pula akan dapatkan nyior dan suruh Mama atau Nenek kukur (parut). Nyior yg diparut/ kukur ini akan digaul dng sedikit garam. Ubi kayu rebus tadi akan dicicah dng kelapa parut sebelum dimasukkan ke mulut...hmm best...!

Masa kanak-kanak dulu Nenek guna dapur kayu untuk memasak...kadang-kadang kami akan menyibuk di dapur. Kalau masih ada bara atas dapur kayu selepas Nenek memasak, kami akan masukkan ubi kayu ini ke dalam bara api itu. Kena berjaga-jaga, takut ubi kayu hangus, tak jadi ubi kayu bakar lagi, sebaliknya jadi arang ubi kayu...! Bila dah yakin telah masak, ubi itu dikeluarkan dari bara api dan dibuang kulitnya sebelum dimakan.

Kadang-kadang kami buat bengkang ubi kayu. Masa kecil-kecil dulu kami hanya memerhati Mama atau Nenek buat. Semasa darjah 6 kami 3 beradik dah pandai buat sendiri. Musim hujan akhir tahun, cuti sekolah. Kami akan fikir macam-macam aktiviti untuk dibuat. Ubi memang banyak pada musim ini kerana semua ubi perlu dicabut, takut ditenggelami air bah. Ubi kayu itu kami hantar ke kedai runcit berdekatan rumah Mama untuk dimesin (kalau tak, kami parut aje). Ubi kayu yang dah dimesin/ parut itu dicampur dengan kelapa muda yang telah diparut dan dicampur gula + garam secukup rasa. Lepas tu, diletakkan atas tudung periuk sebelum dibakar sehingga masak. Masa ni kami bakar guna sabut, belum ada oven; lagi jauh sekali ketuhar gelombang micro...! Seronok sangat... Bila dah masak, bentuknya yang bulat leper itu akan kami potong dan dihidangkan bersama kopi 'o' panas.

Ubi kayu ini juga boleh dibuat lepat ubi kayu. Yang ni Mama atau Nenek yang buatkan. Kami, masa tu tak pernah mencuba. (Kalau lepat pisang biasa juga buat sebab pernah buat di sekolah semasa belajar Home Science). Rasa lepat ubi ni mesti manis + lemak, barulah sedap... kena masukkan manisan @ gula melaka + kelapa muda, lepas tu bungkus dengan daun pisang dan kukus.

Selain itu, Nenek juga biasa buat tapai ubi kayu. Ubi kayu ni perlu direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Ubi kayu rebus ini perlu disejukkan terlebih dahulu, ditabur dengan ragi sebelum disusun dalam periuk untuk diperam. Biasanya selepas 24 jam diperam, ubi kayu tadi akan bertukar menjadi tapai. Tapai yang nenek buat terkenal di sekitar kampung, dan kadang-kala, Nenek jual tapai ni di pasar Wakaf Che Yeh. Kata Nenek, bolehlah seringgit dua buat belanja dapur... nak toreh getah tak boleh kerana batang pokok getah basah. Musim tengkujuh katakan...!

Selain itu, ada lagi makanan favourite berasaskan ubi kayu pada musim-musim hujan begini, iaitu "putu halba". Gerai menjual putu halba tumbuh seperti cendawan lepas hujan di tepi-tepi jalan utama di negeri kelahiranku pada musim tengkujuh. Putu halba dibuat daripada ubi kayu + manisan + kelapa. Dikukus.

Kisah ubi kayu mengembalikan nostalgia semasa kanak2 dan awal remaja. Kini, walaupun sekali-sekala balik ke kampung semasa musim tengkujuh, tak sempat untuk makan ubi kayu rebus atau bengkang ubi kayu. Lepat ubi kayu dan tapai ubi kayu biasa juga makan kerana ada dijual di pasar, bolehlah dibeli.

Anak-anak zaman sekarang yg biasa dihidangkan dengan makanan segera tidak gemar makan makanan berasaskan ubi, apatahlah lagi ubi kayu.

Ubi kayu atau singkong makanan nenek-moyang masyarakat serumpun bangsa sejak zaman berzaman. Ubi kayu memberi sumber tenaga semasa zaman sukar. Alangkah pentingnya ubi kayu suatu ketika dahulu....


2 comments:

teratai said...

Wang M.L dah pesan beli ubi besar jika balik kg nanti...sbb ubi tu time banjir je ada!

memang ada perbezaan antara ubi kayu di sini dgn di Bandung ~ dr segi penyediaannya!suka yg di sini, mkn dgn nyior + gula + air kopi pekat n manis...terliur doh nih:)

suka kongsi said...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit,tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

Boleh Call @ WhatsAp terus pengasas die,nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2, direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 0174687570

2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawar nya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

5) Selain dr penyakit kanser pn blh juga mengambil penawar yg hebat ini sbgai rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan sperti penyakit :
-Denggi &Kencing Tikus
(Ada testimoni dimana pesakit minum jus dan rawatan doctor ,ada kesan positif dalam 3hari)

-Batu Karang, Gastrik,sirosis hati dan Gout
(Jus juga berperanan bg menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit, memperlahankn pertumbuhan penyakit
6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , termasuk kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die (penawar jus) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar sampingan bg penyakit knser yg tepat.disamping itu TIDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti kalau nak ikhtiar dgn penawar beliau, dan sudah mencuba ,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser.boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan penawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai salah satu rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser. penawar jus ini diambil selari dgn rawatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil penawar jus ni dr kanser tahap 4 sehingga sembuh tanpa meninggalkn jus dan rawatan hospital...
~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini...ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

7)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab.mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ