Sabtu, 9.6.12 - pagi-pagi lagi kami melewati Lebuh Raya Persekutuan menuju ke bandar Anggerik, Shah Alam. Singgah ambil puteri bongsu kami di Jalan Plumbum, Seksyen 7 dan terus ke restoran berdekatan untuk sarapan.
Destinasi seterusnya adalah ke JAKEL. Matlamat kami adalah untuk mencari kain baju untuk majlis Abe pada Syawal nanti. Mula-mula kami ke tingkat 1 untuk mencari kain baju melayu. Untuk H sepasang berwarna purple dan untuk Abe sepasang warna 'silver grey'. Baju saya dan Adik, kami akan beli yang 'ready made'....
Lepas itu kami terus ke tingkat 3. Wah... banyak sungguh kain lace yang cantik-cantik.... pelbagai design dan warna.
Saya berhasrat untuk membeli 2 pasang kain lace. Satu pasang untuk dihadiahkan kepada bakal tunang Abe untuk dipakai semasa majlis pertunangan dan sepasang lagi untuk hantaran bertunang....
Saya memilih kain lace berwarna kuning. Masa bertunang nanti, Abe tak perlu buat baju melayu baru. Boleh pakai aje baju Melayu kuning emas yang ditempah semasa majlis perkahwinan Emi Syawal tahun lepas. Ini idea daripada Adinda Anggerek. Satu cadangan yang baik. Kalau tidak, baju melayu tu tersimpanlah di dalam almari. Dalam setahun, boleh bilang dengan sebelah jari pakai...!
Kain lace untuk diletakkan di atas par semasa majlis bertunang nanti warna 'silver grey'.... Warnanya agak berbeza sedikit dengan kain baju melayu yang telah dibeli di tingkat 1 tadi, yang ini gelap sikit. Jadi, saya beli sepasang lagi kain baju melayu untuk Abe. Sedondon dengan kain lace itu.
Cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian asli sudah ada. Hadiah daripada Kak Ha. Jadi, saya hanya perlu beli cincin belah rotan. Minggu depan akan dapatkan dari kedai emas di TM. Yang lain-lain akan disediakan sebelum Ramadan menjelang.
No comments:
Post a Comment