Hari ini, 16 JUN 2013 - hari minggu yang ke-3 bagi bulan
Jun - HARI BAPA diraikan di seluruh
dunia. Sebenarnya, kita tidak perlu menunggu tarikh tersebut untuk
meraikannya... ibu dan bapa perlu diraikan pada setiap masa sementara masih ada
ruang waktu...
Peranan dan tanggungjawab
seorang insan yang bergelar bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Walaupun bapa tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai
anak, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghargai dan memberikan kebahagiaan
kepada bapa yang dikasihi.
Insan
yang bergelar bapa ini, TN. HJ JUSOH B. HJ DAUD telah membesarkan kami dengan limpahan kasih sayang
walaupun kehidupan kami sekeluarga agak sederhana...segala pengorbanannya tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata..! TERIMA
KASIH, PAPA.
Selamat Hari Bapa juga
ditujukan istimewa untuk AYAHANDA kepada putera
puteriku, NAIN B. MAMAT. Seorang AYAH yang sentiasa prihatin dengan keperluan
anak-anak dan kaya dengan kasih sayang. Terima kasih kerana menjadikan kami
sangat bermakna dalam hidupmu.
Tidak lupa, ucapan Hari Bapa juga untuk anakanda MOHD FAHMI NAIN yang telah menjadi Abah kepada cucunda sulung kami FARHAH HANNAN BT MOHD FAHMI lebih 10 bulan yang lalu....
Oleh itu, pada kesempatan
sambutan HARI BAPA yang diraikan di seluruh dunia, anak-anak yang masih
berpeluang menghargai BAPA mereka, jadikan hari istimewa ini antara hari yang
membahagiakannya sepanjang hayat beliau... hargailah bapa kita pada setiap
masa...
No comments:
Post a Comment