Terkenang lagu "Ingatan Manis di Bulan September"" yang dinyanyikan oleh biduanita Sharifah Aini sekitar awal 1970-an:
"Kumasih ingat
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."
Sesungguhnya,
SEPTEMBER merupakan bulan merayakan beberapa
hari istimewa dalam keluargaku.
1 September 2015, Setelah
berehat panjang, Adik mendaftar semula sebagai pelajar
postgraduate di UPM. Semoga Adik akan
terus cemerlang dalam bidang yang dipilih.
Kami semua mendoakan agar perjalanan pengajian Adik dipermudahkan.
2 September, genap EMPAT
tahun perkahwinan anakanda kami MOHD FAHMI NAIN
dan NURUL AINA AWANG yang telah
melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432H,
bersamaan 2 September 2011 dan cahaya mata mereka yang pertama FARHAH HANNAN sudah genap 3 TAHUN pada akhir JULAI
lepas dan adindanya FALISHA SALSABILA genap 19 bulan pada 6 SEPTEMBER nanti.
09 September, NATASHA ALIA BT. SAHAZALI genap usia 21 tahun.
Natasha Alia, puteri sulung kepada Norbanilawatey Jusoh dan Sahazali Awang
Deraman, dilahirkan di HKL sebelum dibawa balik ke kampung yang permai dan
indah "HAPPY BIRTHDAY ALONG TASHA". Along semakin matang
hari ke hari. Along tulang belakang
keluarga sekarang.
Semoga
Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan sebagai penuntut IPTA.... Doa Cik
La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat,
bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...
Pada 14 September, tarikh yang akan tetap dikenang walaupun adik iparku SAHAZALI B. AWANG DERAMAN sudah kembali ke alam abadi menemui Penciptanya akhir tahun lepas. 14 SEPTEMBER ini merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-49 tahun....Semoga Arwah tenang di sana, menunggu kita semua yang entah bila pula akan dipanggil pulang... Semoga kita semua akan berkumpul dan bertemu semula di Firdaus.
kenangan terakhir, akan tetap tersemat dlm sanubari... Aidiladha 1435H |
Pada tarikh itu juga 30 tahun yang lalu aku telah disahkan menjadi suri hidup kepada insan yang tersayang setelah beberapa musim menyemai kasih dan menganyam rindu ketika bersama-sama di Lembah Pantai....
Cepatnya
masa berlalu. Sudah 3 dekad rupa-rupanya kami mengharungi pahit manis bersama,
menempuh duri dan ranjau hidup menuju jalan pulang ....
21 September pula adik bongsu kami, RATNA
IDAYU BT. JUSOH akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30
tahun. Dilahirkan 2 hari selepas Papa dan Mama 'bekwah' kahwinkan anak
perempuan keduanya, yang julung kali dalam keluarga kami pada tahun 1985. Tahun ini tentu sekali lebih bermakna kepada
Adinda Ratna kerana dapat menyambut hari bahagia ini berempat.
23 September, adik iparku yang ke-3, JAILANI B. ABDUL MANAF pasangan kepada adindaku
MELISA KAMELIA akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-38 tahun.
SEPTEMBER yang sentiasa
bertamu tanpa jemu, banyak merakamkan saat manis yang sangat indah untuk
dikenang.... yang diraikan bersama keluarga....
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment