Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan menyempurnakan puasa penuh pada Ramadan tahun ini. Kebetulannya pula minggu akhir Ramadan jatuh pada cuti sekolah Penggal Pertama. Seperti biasa, minggu pertama Syawal disambut bersama-sama keluarga di kampung halaman tercinta.
1 Syawal @ 15 JUN 2018 bersamaan hari Jumaat. Pagi raya kami hanya bertiga di rumah. Anak lelaki akan beraya di rumah keluarga isteri terlebih dahulu.
Rutin setiap hari lebaran, usai solat sunat hari raya, kami sekeluarga akan ke teratak Papa Mama... lepas tu balik ke Kg Batang Merbau TM, ziarah sanak saudara sebelah MIL / FIL.
Syawal ke-2, siri menziarah rumah Bonda dan Ayahanda saudara sebelah Mama... Mok Abe dan PokMuda Leh. Ini diikuti siri menjelajah sanak saudara sebelah Mama di Kg Surau Kota / Pasir Kota dan sanak saudara sebelah Papa di Kg Pendek.
Syawal ke-3, acara rutin, berkumpul di rumah Kakanda sulung di kediamannya di Lorong Tok Mandur Daud. Sesi bergambar dan bervideo kenangan berlangsung seperti biasa.
Pada sebelah petang Syawal ke-3, kami dikunjungi oleh anak-anak saudara yang balik beraya di kampung... anak-anak Allahyarham BIL dan Allahyarhamah SIL.
Semoga kami diberi kesempatan untuk berkumpul lagi pada Syawal yang akan datang.
No comments:
Post a Comment