Thursday, October 11, 2018

Calon SPM : sudahkah anda bersedia....?



Suatu kelainan daripada PUAN LAI [GPK1 merangkap GC Sejarah]
Musim demam peperiksaan kembali lagi. Setelah UPSR dan PT3 berlalu, kini datang pula SPM dan STPM. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk membantu murid memantapkan persiapan mereka bagi menghadapi peperiksaan tersebut.



Terus Berbengkel dan Berseminar....



                                                 
Dalam menuju kecemerlangan, murid-murid perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari segi akhlak, akademik, kokurikulum dan sebagainya.  Kejayaan murid-murid dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam, khususnya SPM.   Bagi mencapai hasrat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius, khususnya dari segi teknik menjawab, perancangan masa dan soalan-soalan yang kerap disoal dalam peperiksaan SPM. 


Menyedari hakikat ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program seminar dan bengkel menjawab SPM.   Sudah pasti, SMJK Tanah Puteh sentiasa  berusaha menjadi ‘platform’ terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik semua mata pelajaran.  Program  ini adalah program kecemerlangan SPM, diadakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik semua mata pelajaran SPM.


Seminar P.Moral_ Aktiviti Bantuan PdPC Kluster 5

Antara program pascaPPC yang dirancang dan telah dijalankan ialah :
1) Kelas LMS Waktu Koku_PJK_Sivik
2) Program Lonjakan GPS
3) Kelas Anjal Berjadual
4) Back 2 Back Maths & Sc
5) Seminar Bengkel Waktu PdPC / Sabtu
6) Pecutan Akhir LMS


Tinggal hanya tidak sampai 5 minggu lagi bagi semua murid Tingkatan 5 untuk menduduki Peperiksaan SPM. Dalam tempoh yang singkat ini pelbagai program dirancang untuk memastikan anak-anak didik SMJKTP dapat menghadapi SPM dengan penuh yakin.



Matlamat utama program kecemerlangan akademik untuk calon SPM 2018 khususnya seminar dan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan SPM.

Usaha ini juga adalah untuk memastikan semua murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah seterusnya LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM, di samping untuk meningkatkan bilangan murid yang berpotensi mendapat ‘A’ seterusnya membantu sekolah menambah bilangan murid yang mendapat semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil dalam SPM.   Program ini ibarat serampang dua mata, iaitu bertujuan meningkatkan peratus calon yang LAYAK MENDAPAT SIJIL serta untuk meningkatkan Gred Purata Sekolah. Program seumpama ini juga bertujuan untuk memastikan murid bersedia dan tidak gugup ketika menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.


Diharapkan semua calon SPM sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Kebanyakan daripada mereka sudah mula membuat persiapan awal sama ada belajar secara bersendirian ataupun dalam kumpulan, selain mendapat nasihat guru serta mengikuti bengkel dan seminar.




Bengkel Sejarah yang dikendalikan oleh Pn. Lai pagi tadi diadakan di DEWAN WAWASAN, iaitu dewan terbuka.  Suatu kelainan berbanding sebelum ini yang selalunya diadakan di Dewan Prestasi.

No comments: