Kita merancang pelbagai perkara. Ada yang menjadi kenyataan; ada yang tinggal harapan. Ada perkara yang kita tidak terfikir mampu melaksanakan, tetapi dapat melaksanakannya dengan sempurna. Begitulah sebuah kehidupan. Semuanya Allah s.w.t yang menentukan. Jika Dia menghendakkan sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia... kun fayakun...
Ada beberapa perkara yang tersenarai dalam kotak fikiran sepanjang jalan pulang menuju destinasi yang entah bila akan sampai. Impian dan harapan itu kadang-kadang surut; kadang-kadang pasang. Bergantung kepada masa dan keadaan. Saya percaya Allah akan sentiasa memakbulkan doa seseorang hamba-Nya. Kita perlu sentiasa memohon kepada-Nya agar memberi yang terbaik, kebaikan yang kita boleh nampak dan kebaikan yang kita tidak boleh nampak. Kita jangan jemu memohon pertolongan daripada-Nya. Dialah yang Maha Penyayang dan Maha Berkuasa menentukan segalanya.
Dalam masa terdekat ini beberapa perkara 'berlaku' dalam perjalanan hidupku. Semuanya berlaku secara spontan. Saya percaya, semua ini datangnya daripada Allah - yang menjadi sebab dan akibat...
Sejak kami mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah bulan Jun ini, hasrat untuk membeli tanah bagi tapak rumah di kampung sudah tidak menjadi keutamaan lagi, sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini. Walau bagaimanapun, pada malam hari Isnin lepas, saya saja-saja melayari web 'jualan' di Kelantan. Tengok jugalah tanah untuk dijual kat area rumah Mama - bandingkan harga. Ada di Mulong, Pintu Geng, Pasir Tumbuh, Padang Enggang dll. Harga boleh tahan juga mahal. Tiba-tiba saya tertarik dengan satu lot tanah (380 depa) di Kg Surau Salor. Harganya RM48K, kira mampu belilah... Keesokan harinya saya menelefon Abg Li - broker tanah itu, dan dia memberitahu bahawa tanah tu tak berapa elok, tanah sawah, kena tambun. Dia bagitahu ada satu lot tanah lagi di Kg Seberang Pasir Mas, tapi agak kecil (229 depa) dan tak perlu tambun, harga RM120K, boleh nego. Terus telefon Papa suruh Papa pergi tengok tanah tu. Then, Papa bagitahu lebih baik beli tanah di Salor dekat rumah dia, agak luas (550 depa - 1/2 ekar lebih) harga RM135K - tanah Cik Yah, kerabat Pakcik Hj Mamat (sepupu late father in-law), warih juga jauh-jauh. Papa kata tanah tu 'cantik'. Nampaknya kenalah cari duit, bukannya ada duit sebanyak tu. Kini, dalam usaha untuk proses loan kerajaan...
Sesungguhnya Dia telah menemukan tapak yang sesuai untuk kami dirikan rumah buat bekalan hari tua - tak jauh daripada rumah Mama dan Papa juga boleh tengok-tengokkan. Sebenarnya, tidak ada dalam perancangan sebelum ini. Kita merancang Dia yang menentukan. Harap-harap ini menjadi kenyataan.
2 comments:
my 3rd home at kampung is on the way hehehe
Insyaallah, doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Illahi.
Post a Comment