Sunday, March 22, 2009

mesin & CTkus

KL menggamit kedatangan kami. Bertolak dari Kuantan pada hari Jumaat sebelah petang. Sampai Sentul lebih kurang 8.15 malam, singgah di Sentul Inn ambil Abe dan Wan terus gi makan di restoran dekat Taman Dato' Senu (betul ke...?)

Wan beritahu washing machine tak boleh guna/ rosak. Kami syak ini angkara CTkus, sebab beberapa hari lepas ada yang terlepas masuk ke dalam rumah. Spesis CTkus bandar ni besar-besar....tp yang masuk ke rumah ni taklah besar mana. Bila balik selepas dinner, didapati satu paket serunding & roti gardenia 'terusik'... siapa lagi yang punya angkara... tentulah CTkus. Malam, sebelum tidur, kami pasang perangkap dan umpannya ialah serunding daging!

Sabtu, pagi-pagi lagi pergi hantar Abe ke kolej PUSRAWI. Kami breakfast di restoran sebelah kolejnya. Lepas tu terus ke Post Office - renew lesen memandu Abe. Sebelum keluar rumah, saya periksa perangkap yang dipasang, tidak mengena. Saya pindahkan perangkap itu dan letakkan di dalam bilik tempat CTkus menyorok. Sebenarnya, CTkus tak dapat keluar rumah kerana semua pintu/ tingkap/ lubang tertutup.

Balik rumah, hubby check apa yang rosak pada mesin basuh tu. Ada wire yang putus, ada yang hancur terus... ini angkara CTkus. Daripada hipotesis kami, CTkus ni terperangkap dan tak boleh keluar. Dalam cubaan itu, mulalah dia 'mengerjakan' apa-apa yang patut sehingga dapat meloloskan diri. Akibatnya, terbentuklah lubang sebesar saiz CTkus pada pelapik plastik di bahagian bawah mesin basuh itu.

Selepas periksa semua kerosakan, hubby terus ke kedai hardware untuk beli benda benda yang diperlukan. Antara yang dibelinya ialah wire, jejaring besi, gunting untuk potong besi, dan beberapa lagi.

Lepas tu, hubby terus mengerjakan mesin itu. Hampir pukul 12.40, berhenti sekejab untuk pergi ambil Abe di kolej. Lepas lunch, sambung lagi hingga petang barulah semua beres. Akhirnya, mesin basuh boleh beroperasi semula.

Lewat petang, sambil saya melayan bahan bacaan dalam LTop, ternampak kelibatnya yang rupanya keluar untuk cari jalan melepaskan diri daripada 'kurungan' rumah ini. Tetapi tak ada jalan keluar. Jadi CTkus itu masuk semula ke dalam bilik dan agaknya dalam tergesa-gesa, CTkus tersalah masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak malam tadi. Kesian, tapi biarlah, siapa suruh dia masuk ke dalam rumah. Bukannya ada makanan pun dalam rumah ni. Lepas tu, hubby 'menguruskannya' dan dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

Jumpa lagi...

1 comment:

puddinggurl said...

kesian pun tikus tu...
nasib bail washing machine berfungsi semula...
kalau tak...
kesianlah bekas guru tingkatan 3K13 kita ni....