Monday, October 31, 2011

Beli-belah habiskan rupiah....


"Kalau orang kata Bandung adalah tempat shopping, maka betullah apa yang mereka katakan"

Di Bandung banyak sangat Factory Outlet yang sangat murah dan 'affordable'lah. Harganya sangat murah berbanding di Malaysia. Kalau di Malaysia tak adalah kita nak masuk kedai Burberry, Esprit, Hugo, etc2 segala bagai tu semua, tapi kalau kat Bandung, bagi yang suka 'shopping' beli baju macam beli kat Jusco aje. Antara tempat yang kami pergi adalah di FO Jalan Cihampelas, di Cibaduyut dan tentu sekalilah di Pasar Baru.

Kami singgah di FO Jalan Cihampelas pada hari pertama selepas balik dari Kolam Air Panas Ciater. Sebaik sahaja keluar dari van, pertama sekali kami mencari tempat untuk solat Zohor dan Asar sekali. Berpusing-pusing kami mencari surau tetapi tidak ketemu, kecuali tempat solat untuk muslimin di dalam bangunan pasar raya Giant. Setelah bertanya kepada pengawal trafic di sebuah hotel berdekatan, kami diberitahu lokasi masjid tersebut… Pergilah kami berjalan kaki melalui lorong kecil dan ternampaklah sebuah masjid di celah-celah rumah di situ.... tidak seperti masjid di tempat kita....

Usai solat, mulalah kami meninjau dari sebuah kedai ke sebuah kedai di Jalan Cihampelas itu. Saya hanya membeli 3 pasang jeans untuk 3 teruna buah hati kesayangan saya... Kawan-kawan yang lain menghabiskan banyak juga rupiah di sini….

Dalam perjalanan balik dari Jalan Cihampelas, sempat lagi kami singgah di Bali Heaven Factory Outlet.... baju batik yang terdapat di sini cantik-cantik dan harganya agak berpatutan. Kami tak beli apa-apa, hanya cuci mata dan bergambar kenangan. Kami hanya beli air mineral dan botolnya disarung dengan kain putih tercetak Bali Heaven....

Pada hari ke-2 barulah kami ke Pasarbaru Trade Centre setelah bersarapan di restoran Rotiku. Inilah tempat yang saya rasa semua orang suka. Bangunan bertingkat-tingkat ini penuh dengan pelbagai jenis jualan. Kunjungan kami ke Pasarbaru bersambung lagi pada hari yang ke-3.

Saya hanya membeli beberapa pasang telekung sembahyang yang disulam indah yang dibuat daripada Japanese cotton dan beberapa pasang kain sulam untuk baju kurung serta kain bersulamkan manik untuk dibuat jubah. Harganya memang murah-murah berbanding di Malaysia. Selain itu, saya ada juga membeli beberapa helai kemeja bermotifkan batik Indonesia, dan 2 helai kain batik Jawa khas untuk bonda mertua. Untuk saya sendiri hanya sepasang kain baju kurung bersulamkan manik dan sehelai blouse putih buat kenangan libur di Bandung.

Kami tak dapat nak round setiap level kerana tangan kami yang membimbit beg-beg plastik yang sarat dengan kain baju yang dibeli tidak mengizinkan kami untuk berlama-lama di Pasarbaru....Untuk cari pintu keluar pun memakan masa kerana orang terlalu ramai sehingga menutup pandangan mata kami...Rasanya satu minggu di Pasarbaru, belum tentu rata semua level dapat dijelajah....!

Sebelah petang hari ke-2 di Bandung, kami ke Cibaduyut pula. Jauh juga perjalanan kami untuk ke Cibaduyut, apatah lagi waktu itu bertembung dengan orang balik kerja. Hujan yang sekali sekala lebat menjadikan jalan raya semakin sesak sehingga memaksa kami melalui jalan jauh yang bertol....

Di Cibaduyut memang banyak sangat kasut yang tidaklah branded tetapi selesa dan murah, walaupun designnya bukan yang terkini. Kami tak beli pun kerana kurang berminat. (yang sebenarnya kami ingin menghabiskan rupiah di Pasarbaru sekali lagi keesokan hari nanti...) Sampai-sampai di situ, memang sepanjang jalan orang menjual kasut, sandle, capal, selipar dan lain-lain. Tapi malangnya tak ada yang menarik pun....Kami hanya singgah untuk kenal, kata orang tak sah kalau tidak ke Cibaduyut kalau ke Bandung....!

Tempat-tempat 'shopping' lain yang menjadi kunjungan ramai adalah FO di Jalan Gado, Jalan Riau, Paris Van Java (PVJ) dan Rumah Mode....

n3 seterusnya, makan-makan di Bandung....



No comments: