HARI IBU jatuh pada hari Ahad minggu
kedua bulan MEI setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 11 Mei 2014.
Sama ada kita memanggilnya ibu, mak, ummi, mama
atau mummy, maknanya sama sahaja.
Ibu adalah panggilan istimewa seorang anak kepada wanita istimewa yang melahirkannya. Biarpun kasih sayang, pengorbanan dan jasa ibu saban hari dikenang selagi hayat dikandung badan, namun sambutan Hari Ibu memberi makna yang amat besar kepada semua ibu di negara ini.
Peranan dan
tanggungjawab wanita yang bergelar ibu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai
anak sudah menjadi tanggungjawab mereka menghargai dan memberikan kebahagiaan
kepda ibu yang dikasihi.
Oleh itu, pada
kesempatan sambutan HARI IBU yang diraikan di seluruh negara Ahad ini,
anak-anak yang masih berpeluang menghargai ibu mereka, jadikanlah hari istimewa
ini antara hari yang membahagiakannya sepanjang hayat si ibu.... hargailah ibu
kita pada setiap masa sementara masih ada ruang waktu....
Tahun ini merupakan tahun kedua meraikan Hari Ibu tanpa Mek @ Bonda Nik Zakiah yang telah pergi bertemu PenciptaNya pada 5 Mei tahun lalu.... Doa kami sentiasa mengiringi Mek di sana....
SESUNGGUHNYA, SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU....!
.... sekadar mengingatkan diri sendiri "...Mama, engkaulah RATU hati kami sepanjang waktu...."
SESUNGGUHNYA, SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU....!
.... sekadar mengingatkan diri sendiri "...Mama, engkaulah RATU hati kami sepanjang waktu...."
No comments:
Post a Comment