Sunday, April 6, 2014

INSAN TERSAYANG TURUT BERSAMA....


Mereka juga turut mewarnakan pertemuan 'budak-budak' sekolah SRJK (I) & SM Kota 6974/7577....  

Ramai ahli grup yang hadir bersama pasangan atau keluarga masing-masing.   Kehadiran mereka sebagai tanda sokongan dan semangat sporting, amatlah dihargai.  Semoga semangat ini akan terus kukuh bagi mengeratkan ukhwah yang sudah terjalin ini.  

Ahli yang datang solo pula atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, diharap dapat menyertai pertemuan yang akan datang bersama-sama pasangan atau keluarga....

Berry yang dihantar oleh Petronas Carigali Iraq BV, kononnya menjadi penjaga ladang unta dan khurma di Wilayah Thi Qar IRAQ telah  pulang bercuti di tanah air lebih awal daripada bulan-bulan sebelum ini kerana ingin turut bersama.  Tarikh 29 Mac dipilih berdasarkan kelapangan ahli yang jauh di seberang laut ini...



Nik G yang meninggalkan isteri kesayangan di Pulau Mutiara, menyertai Karnival Sukan MARA di Jasin tidak terus pulang, sebaliknya transit terus di BBB dan menjadi 'anak angkat Berry' buat beberapa hari.  Konon-kononnya, Karnival Sukan MARA berlangsung selama seminggu.  Nik G pulang dengan hadiah penuh bonet....

Dr. Loh berkereta bersama isteri dan anak-anak nun jauh dari Selatan tanah air pada hari Jumaat menuju ke Nilai.  Usai solat Jumaat, terus ke Bangi Golf Resort untuk menebas bersama geng boyo yang telah sedia menanti di sana, Nik G, Nuar dan Berry. 


Saya sendiri pula seperti biasa, hujung minggu selepas suami habis kerja akan ke Lembah Kelang bertamu di rumah Adik dan berkumpul bersama anak dan adik-beradik yang lain. Tidur yang tak berapa nak lena di Skyvilla, Seri Kembangan  kerana tidak sabar menunggu keesokan hari untuk pertemuan di rumah Tie, BBB.

Pagi Sabtu, Nizam bersama kiriman tapai pulut air tangan Ta, ditemani Imie,  telah guna sayap AA untuk terbang ke KL bagi menyertai majlis pada petang nanti.   Nik Mie yang sedia menunggu mereka di LCCT, terus menuju ke Nilai Spring Golf Resort.  Singgah berehat santai di NSGR sementara menunggu geng-geng boya... Berry, Loh, Nik G, Anuar, Zaki, bersama darling Za dan anak bujang Za, serta seorang sahabat Dr. Loh yang mula menebas sejak awal pagi....

Bermula seawal pukul 3 petang, kami tiba di Jalan 7/6A BBB.  

Saya dan suami sampai sebaik sahaja Loh keluar dari kereta di tepi rumah Tie.  Andai kata, kami tidak berhubung via WA sebelum ini, sudah pasti kami tidak dapat mengenali antara satu sama lain.  Tidak dapat digambarkan perasaan saya kerana inilah pertemuan pertama dengan Loh selepas berpisah pada akhir 1974, setelah tamat darjah 6 di SRJK (I) Kota 40 tahun yang lalu....  


Sejurus selepas itu, Tie datang menyambut kami dan kami berpelukan melepaskan rindu yang terkendong selepas terpisah sejak tamat Form 3 tahun 1977....  

Tatkala kami tiba di pekarangan rumah Tie, kelibat Nik G, Berry, Nizam, Imie dan Nik Mie kelihatan menghampiri kami.  Nasib baik saya dan Nik Mie sudah bertemu di rumah Za awal Mac lepas seminggu selepas WA grup dibentuk....  


Za, Mae, Nuar, Par, Idi, Zaki menyusul dan diikuti oleh Nae, Get Nee @ Anita Mui Teluk Kandis, Nasir Yunus dan Su.  Nah tiba agak lewat kerana tuntutan tugas Datuk.  Walaupun lewat, Nah tetap hadir dengan mi goreng air tangannya yang istimewa...

Akhirnya, kami dapat juga bertamu dan bertemu di rumah Tie.  Agaknya, Tie sendiri pun tidak menduga pelawaannya pada awal Mac lepas telah membawa kepada pertemuan yang penuh bererti ini, dalam jumlah yang tidak terfikir oleh Tie sendiri.  Terima kasih sekali lagi, Tie.  

19 orang ahli dlm grup WA SRJK & SM Kota 6974/7577 yang baru diwujudkan pada 25/2/14 telah dapat dihimpunkan pada 29/3/14.  

Dalam riuh rendah geger gegak bercerita kisah silam, perasaan bercampur baur, antara gembira sebak, dan sayu.  Sekali-sekala suara rasa tersekat di kerongkong dek menahan rasa haru yang dalam.... itulah kita, walaupun sebenarnya sudah beberapa minggu 'bertemu dan berseloka'  di WA melepas rindu...!

Berikut, senarai ahli yang hadir bersama insan tersayang.  Mereka pun turut bersama memeriahkan pertemuan itu...terima kasih.



AHLI
CATATAN
ABDULLAH SABRI
Bersama isteri, DR. MAHZAN NAZI & 3 orang anak
ADNAN HUSSIN
Solo

AHMAD JAAFARUDDIN HASSAN
Bersama anak
AHMAD ZAKI AHMAD MAHER
Solo

ANUAR YAACOB
Bersama anak

AZMAN TALIB
Bersama isteri, CHE NURUL AINI MOHAMAD & 2 orang anak
HALIZA HUSSIN
Bersama 2 orang anak bujang

KANG GET NEE
Bersama suami, MR. LIM SWEE CHAI

MOHD NASIR YUNUS
Bersama isteri, JASNIZA MOHAMED

NIK AZMI NIK OMAR
Solo

NIK MOHD FAUZI NIK MUSTAPHA
solo
NOORBERI YUSOF
Solo

NORHAYATI IDRIS
Tuan rumah, bersama suami
RAZMI YAACOB
ROSHANILAWATEY JUSOH
Bersama suami, NAIN MAMAT
Prof Dr. Datin RUSNAH MUHAMAD
Bersama suami, Datuk RAMLEE ABU BAKAR
SUHAIDI HAMZAH
Bersama isteri, AIZAH MOHAMED

SUHAIMI MUSTAFA
Solo

SURIANI HUSSIN
Bersama suami, DR ZURIN ADNAN ABD RAHMAN
WAN MUHAMMAD NIZAM
solo

Za terpaksa memohon diri untuk beredar lebih awal kerana ada urusan keluarga yang terpaksa diselesaikan, tak sempat bergambar beramai-ramai tanda kenangan....

Terima kasih Allah, kerana mempertemukan kami dalam keadaan dan suasana yang ceria mengembalikan nostalgia zaman anak remaja alam persekolahan rendah dan menengah....

Syukur alhamdulillah.


No comments: