Catatan bergambar selepas seminggu berlalu....
REUNION PERTAMA
SRJK(I) & SM Kota 6974/ 7577
29 MAC 2014 (SABTU)
DI NO. 58, JALAN 7/6A
BANDAR BARU BANGI
DI NO. 58, JALAN 7/6A
BANDAR BARU BANGI
sulaman pada T-Shirt sumbangan Dr. Loh kepada ahli dan pasangan |
Tepat pada pukul 3.00 petang - hampir sebahagian besar ahli tiba serentak sebagaimana yang dijanjikan. KATA DIKOTA. Beberapa orang ahli tiba sedikit lewat kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Yang penting, mereka ingin juga berada bersama-sama dalam majlis mesra geger gegak yang diadakan buat pertama kalinya selepas 40 - 35 tahun terpisah....
# MC majlis, NIK
MOHD FAUZI NIK MUSTAFA mengalu-alukan kehadiran semua ahli, dari utara selatan timur dan barat.... Nizam dan Imi yang datang dari KB dijemput oleh Nik Azmi di LCCT dan mereka singgah di Nilai Spring Golf Resort, berehat seketika sambil menanti boya-boya selesai menebas....
#
Sebelum majlis dimulakan, AZMAN TALIB telah memimpin bacaan doa selamat bagi memberkati pertemuan kita pada petang yang permai ini...
# Ini diikuti dengan
ucapan sepatah dua kata daripada juru acara majlis...
# Tidak sempurna majlis sekiranya tidak ada ucapan daripada tuan rumah yang budiman. Tie @ NORHAYATI IDRIS & Mie memberi ucapan ringkas yang sangat bermakna kepada kami semua...
# Tetamu dijemput menjamu selera, diselang selikan
dengan ucapan dan sesi taaruf...
Pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan... tradisional dan moden, kuih muih selera Kelantan - akok, tepung bungkus 2 bilik, tepung bungkus cute inti warna, koleh kacang @ koleh tahi minyak, seri muka dll... Muffin, dua tiga jenis kek, creampuff, potato special daripada tuan rumah, kali pertama jumpa dan makan... sate, mihun goreng T dan mi goreng Prof Nah...buah-buahan dan tidak ketinggalan sup urat keting speciality dari Section 7 Bandar Baru Bangi....
Banyak sangat juadah sehingga terpaksa ditapau bagi mengurangkan pening kepala tuan rumah untuk 'menguruskan' juadah yang banyak itu...
Pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan... tradisional dan moden, kuih muih selera Kelantan - akok, tepung bungkus 2 bilik, tepung bungkus cute inti warna, koleh kacang @ koleh tahi minyak, seri muka dll... Muffin, dua tiga jenis kek, creampuff, potato special daripada tuan rumah, kali pertama jumpa dan makan... sate, mihun goreng T dan mi goreng Prof Nah...buah-buahan dan tidak ketinggalan sup urat keting speciality dari Section 7 Bandar Baru Bangi....
Banyak sangat juadah sehingga terpaksa ditapau bagi mengurangkan pening kepala tuan rumah untuk 'menguruskan' juadah yang banyak itu...
# Sambil menjamu selera, disampaikan kronologi ringkas yang membawa kepada pertemuan ini oleh
ROSHANILAWATEY JUSOH
- Siri menjejak teman seiring jalan ini bermula via laman sosial friendster, fb, blog... hanya beberapa orang yang dapat dikesan tetapi belum mampu membawa kepada pertemuan seumpama ini...
- Setelah WA Grup dibentuk pada minggu ke-3 bulan Februari 2014, dalam masa seminggu keahlian menjadi seramai 20 orang dan dalam masa sebulan, keahlian mencecah kepada 50 orang.
- Atas kesudian Tie mempelawa kami untuk bertamu di rumahnya di Bandar Baru Bangi, maka impian untuk bertemu setelah sekian lama terpisah akhirnya menjadi kenyataan di sini, di No. 58, Jalan 7/6A Bandar Baru Bangi... pada petang Sabtu yang permai diselang selikan hujan renyai-renyai....
# Tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada penaja utama program ini ABDULLAH
SABRI IBRAHIM dan seterusnya memulakan sesi taaruf .... diikuti oleh ahli-ahli yang lain...
SRJK (I) Kota
· Abdullah
Sabri
·
Anuar
Yaacob
SRJK (I) & SM Kota
Adnan Hussin
Adnan Hussin
·
Ahmad
Jaafaruddin Hassan
·
Azman
Talib
·
Haliza
Hussin
·
Mohd
Nasir Mohd Yunus
·
Nik Mohd
Fauzi
·
Norhayati
Idris
·
Noorberi
Yusof
·
Roshanilawatey
Jusoh
·
Rusnah
Muhammad
SM Kota
· Ahmad
Zaki Ahmad Maher
·
Kang Get
Nee
·
Suhaidi
Hamzah
·
Suriani
Hussin
# Solat
Asar berjemaah
# Penyampaian cenderamata kepada tuan rumah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tie & Mie menerima kami sebagai tetamu untuk majlis reunion geger gegak ni....
# Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
ahli yang menyertai acara Golf pada 28 – 29/3.
- Acara golf dijalankan selama 2 siri, iaitu pada 28 Mac 2014 selepas solat Jumaat di Bangi Golf Resort (BGR) dan pada pagi 29 Mac 2014 Nilai Spring Golf Resort... Acara ini bagi memenuhi ketagihan boya-boya dari utara selatan dan yang berada nun jauh di Iraq....
# Acara Pertukaran cenderamata kenangan /
Cabutan Bertuah
Pelbagai tanda mata kenangan dibawa oleh ahli yang hadir dan cenderamata kenangan ini mempunyai makna yang tersendiri dan sangat signifikan.
# Penyampaian buah tangan daripada Azman Talib
kepada semua ahli yang hadir...
# Penyampaian T-Shirt kepada ahli dan
pasangan, sumbangan daripada Abdullah Sabri...terima kasih daun keladi, Loh.
# Pelbagai rakaman kenangan ketika mendengar coretan hati dan pengenalan diri rakan-rakan, sambil makan-makan, sembang-sembang...membuka cerita yang telah lama tersimpan....
Sebelum pulang ke destinasi masing-masing...Nizam dihantar ke LCCT untuk balik ke KB pada malam itu juga dan Imie dihantar ke hotel penginapannya oleh Noorberi.
Dengar berita flight Nizam delay dan hanya berlepas balik ke KB pada pukul 12.30 tengah malam.
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada :
· Tuan rumah yang budiman - Tie dan Mie
· Penaja utama – Dr. Loh Sabri
· Penjejak Kasih Rakan Seiring Jalan, merangkap Juruacara Majlis –
Nik G
· Semua ahli yang menyumbang kuih-muih moden dan
tradisional dengan pelbagai warna rupa dan rasa….
· Semua ahli yang menyumbang idea sama ada secara
langsung atau pun tidak langsung sehingga majlis pertemuan mesra gege gegak ini
menjadi kenyataan.
Sehingga bertemu lagi di Mahligai Cinta Kasih Bersemi
Wan Muhammad Nizam dan Wan Nor'Aziah,
di Cabang Tiga Pendek pada Aidilfitri
nanti....Insya-Allah.
4 comments:
Biarlah gambar yg menceritakan sega-galanya...
Kenangan yang tidak dapat di lupakan........luv u all.......many thanks to penaja penaja
Alhamdulillah ,syukur ....akhirnya terlaksana hajat kekawan semua utk bersua muka, bercerita dr hati ke hati...setelah sekian lama x bertemu.Sungguh meriah, happening, gegak gempita nmpaknya....wlau pun mah tak de di situ....namun terasa spt turut bersama - sama dlm majlis yg bermakna itu.....Special thanks to U La....nd congracts to all u guys n ladies....
Mah, sepanjang majlis tu memang ingatan La tersinggah ke bumi anbia... Nanti kita berkumpul di rmh Nizam. Insya Allah.
Post a Comment