Tenggelamnya matahari 30 Syaaban esok, bermakna bermulalah Ramadan yang ditunggu-tunggu saban tahun. Bulan yang menjanjikan 1000 rahmat.
Jika pada usia kanak-kanak, hari raya menjadi motivasi untuk kita berpuasa, apakah pula yang menjadi motivasi kepada golongan yang sudah melewati dunia kanak-kanak....?
Kini, apabila kita sudah menginjak usia dewasa, hari raya mesti dilihat dari perspektif ibadah dengan menitikberatkan prinsip-prinsipnya yang lebih hakiki. Tujuan berhari raya mesti dikaitkan dengan ibadah puasa yang dijalani sebelumnya.
Hakikatnya, ukuran kejayaan amalan puasa seseorang adalah kejayaan melahirkan sifat takwa dalam diri orang yang berpuasa. Takwa ialah matlamat utama berpuasa.
Mereka yang berjaya mendapat sifat takwa layak bergembira. Dengan takwa mereka akan mendapat bantuan daripada Allah s.w.t., dilepaskan daripada tipu daya musuh, mendapat jaminan rezeki, diberikan jalan penyelesaian kepada masalah melalui jalan yang tidak disangka-sangka, dan pelbagai nikmat lagi. Selayaknya mereka bergembira dan bersyukur kepada Allah pada hari raya atas kelebihan-kelebihan itu.
Sebaliknya, jika takwa tidak terhasil, bermakna puasa itu gagal. Orang yang gagal, layakkah bergembira....?
Walaupun kita belum bertakwa dan puasa kita masih bertatih di tahap puasa orang yang sedang bermujahadah, namun tidak salah untuk kita "tumpang gembira" dengan kegembiraan orang yang bertakwa pada hari raya. Walaupun hati kita sedih mengenangkan puasa kita yang masih terumbang-ambing, tetapi itu tidak menghalang kita untuk bergembira pada hari raya...!
Semoga dengan meniru mereka, kita akan tergolong dalam golongan orang yang bertakwa juga.
Yang peliknya, mereka yang tidak layak bergembira ini pula yang bergembira. Bergembira dengan cara yang berlebih-lebihan sehingga roh Ramadan tercalar seawal Syawal.
....sekadar mengingatkan diri sendiri...
Syukur alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dan berpeluang bertemu Ramadan lagi pada tahun ini....
4 comments:
Kunjungan sesama guru..., entry yang sangat bagus di blog yang cantik!!!
juga mengingatkan saya...
Terima kasih, Isman.
Mohamadkholid, coretan ini juga sebenarnya untuk mengingatkan diri saya sendiri...
Post a Comment