Terkenang 4 tahun lepas, kami warga SMKTP 'bekerja' @ bertugas untuk satu program sekolah yang agak besar juga yang jatuh pada hari JUMAAT 1 MEI 2015. Kami tiada pilihan kerana hanya pada pada tarikh tu VVIP yang dijemput merasmikan program itu kelapangan.
Tugasan saya adalah sebagai JURUHEBOH...hihihi... tak lena tidur jg kerana melibatkan VVIP dan pihak Istana... Tp amanah yang diberi perlu diambil dengan penuh tanggungjawab... biarlah itu menjadi kenangan pertama dan terakhir.
Sebenarnya, sebelum bertugas di SMKTP mulai 2006, saya tidak pernah terlibat dengan tugasan sebagai juruacara majlis / Juruhebah / Juruheboh. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan diberi tugasan itu. Saya rasa saya tidak berbakat dan tidak berkebolehan. Berbeza dengan Kakanda saya CIKGU ROSLENA dan juga adinda saya CIKGU NORBANILAWATEY, mereka memang selalu menjadi juruacara majlis bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat PPD dan JPN.
Segalanya bermula pada tahun 2006. AJK Kelab Staf yang diketuai oleh Cikgu Awang Mahadi telah memberi tugasan sebagai juruacara kepada saya untuk majlis persaraan Pn. Kan, Penyelia Petang pada masa itu.
Saya ketika itu merupakan guru baharu di SMKTP dan bertugas di sesi petang. Agaknya kerana saya guru baharu, agak senior pula tu, jadi saya menjadi 'mangsa' utk tugasan tersebut. Sudahlah itu merupakan pengalaman pertama, malah solo pula tu. Tak ada partner. Saya tak tahu nak rujuk kepada siapa. Tapi saya terima dengan positif. Saya terus menghubungi kakak saya yang biasa menjadi pengacara majlis untuk mendapat panduan dalam mengacarakan sesuatu majlis.
Begitulah asalnya.... hmmm rupa-rupanya berbakat juga, bakat terpendam dalam lumpur...hahaha...
Selepas itu, bermulalah beberapa siri pengacaraan majlis. Ada yang memang dilantik dlm AJK awal, ada yang secara bidan terjun. Terima sahajalah. ALAH BISA TEGAL BIASA.
Sepanjang menjadi pengacara majlis itu, saya digandingkan dengan beberapa orang rakan guru yang lain. Secara solo hanyalah semasa persaraan Pn. Kan dan Malam Juara-Juara kali ke-2. Saya diminta menggantikan Pn. Rohani Deraman pada saat-saat akhir kerana beliau terpaksa hadir kursus pada tarikh tersebut, yg tinggal 2 hari sebelum Malam Juara-Juara.
Berganding suara dengan Pn. Fauziah Abu Hassan dan Pn. Chan Mee Lan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKTP 2007.
1) Bersama Pn. Surani Awang - Kejohanan Sukan Tahunan 2010 di Stadium Darul Makmur. Masa RUMAH BIRU menjadi Juara Keseluruhan.
Kebetulannya pula pada masa yang sama di luar stadium ada program JOM HEBOH
2) 2012 - Bersama Cikgu AB Malek di Mini Stadium UIAM. Partner hilang tinggalkan saya seorang mengendalikan majlis. Muncul setelah majlis bersurai... Macam-macam ragam...hahaha...
3) 2013 - Sekali lagi berganding dengan Pn. Suriani Awang di Mini Stadium UIAM jg.
Begitulah antara memori menjadi pengacara majlis di SMKTP. Kenangan yang mewarnai perjalanan hidup seorang guru biasa di sekolah harian biasa; yang menyimpan segala ragam citra watak yg menghidupkan cerita...
2 comments:
numpang share ya min ^^
buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
mampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217
Post a Comment