Tengah hari Sabtu baru ni, Kakanda Roslena hantar mesej dalam grup SIBLINGS,
"kalau nak makan timun betik, datang ke rumah Bonda".Rasanya hanya kami tiga beradik sahaja yang suka makan timun betik... Saya, Kakak sulung dan Noni. Adik-adik yg lain rasanya tak makan dan tak kenal pun timun betik ni. Suami sendiri pun tak pernah makan. Katanya tak ada di kampungnya di Batang Merbau Bt. 8, TM. Betul ke...hahaha?Anak-anak sekarang dalam kalangan Gen Y dan Gen X lagilah tak kenal.
Timun betik betul-betul menggamit kenangan zaman kami kanak-kanak dulu. Mama dan Papa selalu beli timun betik daripada penjaja yang lalu di depan rumah kami. Masih ingat lagi, timun betik yang sudah agak masak tu dibalut dengan daun pinang.
Kalau dah merekah, tu tanda dah matang sangat untuk diolah jadi dessert. Isi timun betik ini gebu, wangi seperti tembikai susu tapi tak berasa apa-apa, manis tidak, masam pun tidak, tawar.
Mama akan belah dua buah timun betik tu. Buang kulitnya yang nipis. Dipotong dadu. Mama sediakan santan fresh dan dimasukkan secebis garam. Mama akan sediakan juga rincisan nise. Boleh juga nise itu dicampur sebati dalam santan yang telah disediakan tu.
Masa nak makan, semua bahan itu dimasukkan dalam mangkuk. Tambah sedikit ais agar terasa sejuk dan nyaman. Erm... sedapnya, gebu dan harum, dapat rasa manis nise lemak berkrim.
Buah timun betik seakan-akan sama dengan timun / mentimun. Di luar macam timun, di dalam macam betik.
Dalam bahasa Inggeris timun betik ni dikenali sebagai apple cucumber, atau dikenali juga dengan
nama timun suri dalam kalangan masyarakat seberang Selat Melaka. Timun betik merupakan buah-buahan dalam famili cucurbitae, satu famili
dengan timun, tembikai dan labu. Timun betik lebih menyerupai mentimun tapi
saiznya berkali ganda besar iaitu sebesar buah betik kampung.
Buah timun betik
yang masak boleh dimakan segar, dijadikan jus, dimakan bersama
santan+garam+gula / nise.
Orang dulu-dulu mana ada almari yang dinamakan peti sejuk, jadi selepas
semua ramuan bergaul mesra, bolehlah disantap begitu saja.
Tapi lagi best kalau disejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Tapi lagi best kalau disejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan
Buah timun betik
Santan
Air nise / rincisan nise
Ais
Cara-cara
Potong buah kecil kecil, masukkan santan dan nise. Enak dimakan bila dicampur ais.
Buah timun betik
Santan
Air nise / rincisan nise
Ais
Cara-cara
Potong buah kecil kecil, masukkan santan dan nise. Enak dimakan bila dicampur ais.
1 comment:
numpang share ya min ^^
buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Post a Comment