Monday, April 27, 2009

Tentang Kehidupan ...

Hidup adalah suatu pengembaraan yang panjang.

Setiap tindakan yang diambil hari ini menentukan nasib masa hadapan. Pepatah Melayu ada menyebut "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Kata-kata ini sememangnya memberi maksud yang begitu bermakna untuk dihayati kerana ia bukan sahaja melambangkan kehidupan yang dilalui, tetapi ia turut merangkumi segala tindak-tanduk yang akan diambil oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah...

Dalam kehidupan seharian, kita tidak mungkin dapat mengubah permulaan yang sudah kita buat, tetapi kita boleh menentukan bagaimanakah bentuk penghujung kehidupan yang ingin kita jalani kelak. Sama ada kita memilih untuk bersusah payah dahulu dan bersenang-senang kemudian ataupun sebaliknya.

Tepuk dada tanya hati !

2 comments:

Anonymous said...

salam Pn. sy ingin mencadakan tambah skt ayat Pn. tepuk dada tanya hati, tepuk kepala tanya akal, tepuk bahu kanan tanya iman. sy setuju ngan Pn kata yg mengatakan tindakan penentu nasib kita. sy ingn berkongsi maklumat yg sy dpt dr seorang ustaz. mngkn Pn penah dgr. Allah telah menetapkan segala takdir kita, tp Allah maha segala yang sempurna, Dia menyediakan takdir baik dan buruk, tp kita sbgi manusia yang kene bijak bertanya kepada hati akal dan iman sama ada tindakan kita akan ke nasib yg baik atau buruk. bagaimana cara utk kita sentisa pandai memilih yg baik. bersihkan hati akal dan iman dengan Al-Quran. betulkn Pn. sy pn sendiri msh belaja dengan apa yg sy katekan ini. salam perkongsian ilmu.

Unknown said...

sibuk je liwau.. mum.. org yang bg tu one of the MPP..br mula berjinak2 dgn dunia blog.. adik la yang ajar.. hehehe