Sebut pasal roda, ada pelbagai jenis roda. Ada roda kereta lumba, roda kereta lembu, roda kereta mainan, roda basikal dan pelbagai jenis roda lagi…
Hidup kita juga ibarat roda, kadang-kadang berada di bawah, kadang-kadang di atas. Kalau di atas tu, kita boleh tengok ke hadapan, tetapi bila kadang-kadang hidup kita berada di bawah… terasa susah dan beratnya bebanan. Kalau tayar kereta tu kecil, tidaklah terasa sangat, tapi bayangkan jikalau ‘tayar’ kereta kebal atau tayar bulldozer atau steamroll… Walau apa jua keadaan, kita kena hadapi...itulah lumrah perjalanan hidup…
Apa-apa yang telah berlaku ke atas kita adakalanya membahagiakan, adakala menyakitkan, ada yang membawa keuntungan dan adakalanya membawa kerugian. Namun begitu, setiap keburukan dan kerugian yang berlaku pasti ada kebaikan yang tersembunyi. Jadi jangan sekali-kali menggelabah apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada kita.
Kadang-kadang kita akan dapat melihat kebaikan yang tersirat serta-merta, kadang-kadang setelah sekian lama, baru kita akan sedar dan dapat mengetahui kebaikannya. Itu adalah lumrah alam. Yang paling penting, apabila kita menerima kesusahan dan musibah kita hendaklah menerimanya dengan sabar, jangan cepat melatah, kerana dalam keburukan ada kebaikan yang tersembunyi, dalam keuntungan ada kerugian yang tersembunyi.
Jadikan setiap yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi juga pada diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup anda, kerana selagi kita hidup, kita mesti belajar, sama ada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada di sekeliling kita.
Kita tidak tahu bagaimana nasib kita pada hari esok... Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Jadi..sediakan diri kita untuk menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, kerana kehidupan kita ibarat roda.
Kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana sahaja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah dan tenang.

No comments:
Post a Comment