Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan pada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah ialah gedung pengalaman. Bangsa yang agung ialah bangsa yang menempah sejarah dan yang mahu mempelajari daripada sejarah.
Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita. Daripada sejarah juga kita dapat menginsafi kedudukan kita dalam sejarah kemanusiaan dan alam semesta. Sejarah akan memberi kita tenaga dan landasan dalam menempa dan membentuk tamadun baru.
Pendidikan sejarah adalah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Mempelajari sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan, tetapi ia boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa mengenai sesuatu perkara yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan.
Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara, maka sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Burckhardt (1986) dalam bukunya `Reflections On History' menyorot kepentingan sejarah bagi menonjolkan berbagai perkara penting mengenai perkembangan aspek kemanusiaan seperti krisis Negara-Bangsa, Pembinaan Bangsa dan Negara, perjuangan tokoh terbilang dan sebagainya.
Sejarah memberi kita satu kemahiran intelektual yang amat bernilai bagi memahami dan mencungkil perkara yang telah berlalu dan membantu seseorang membuat andaian-andaian di sebalik apa yang berlaku. Mengikut Butterfield (1973) kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia atau sesuatu bangsa ialah, SEJARAH melibatkan pertimbangan nilai (judgement of values) dan pertimbangan moral (moral judgement) bagi membolehkan kita memperoleh iktibar dan kefahaman mengenai perkara yang telah berlaku.
Sejarah merupakan satu disiplin ilmu sains sosial yang mengenengahkan pelbagai kejadian, perkembangan dan idea-idea yang penting dalam kehidupan individu, masyarakat dan mengenai negara, ia mengenai masa silam dan masa hadapan, ia merupakan fakta dan realiti kejadian, ia mengenai kebudayaan, perubahan, kemoralan dan etik, ketamadunan, konflik, kemusnahan masa silam dan kehancuran masa hadapan.
Sejarah memperlihatkan pelbagai kekuatan dan kelemahan manusia, seperti nasionalisma, patriotisma, keperwiraan, perjuangan dan pengorbanan, kolonialisma, feudalisma, imperialisma, kemunculan kuasa besar dan kebangkitan bangsa terbilang, kelemahan, kejahilan, kemiskinan dan kemunduran yang merupakan temaptema mengenai kemanusiaan dan ketamadunan sesuatu kaum, bangsa dan negara. Perkembangan sejarah bangsa boleh dilihat dari perspektif global ataupun dalam perspektif rumpun geo-budaya dan geo-politik yang seragam ataupun yang bersifat kepelbagaian.
"Pengetahuan SEJARAH mengajar kita supaya tidak mudah lupa pada liku-liku perjuangan bangsa. Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad, perpaduan, dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan..."

No comments:
Post a Comment