Saturday, December 11, 2010

Buah nadir yang kian dilupakan....


Lama tak terdengar sebutan 'buah perah'.

Baru-baru ini seorang sahabat (berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi), WEE SAW LAN bertanyakan tentang buah ini setelah melihatnya dalam album fb. Mungkin ramai yang tahu kewujudan buah ini dan pernah pernah merasai 'keunikan' serta 'keenakan' buah yang sudah hampir dilupakan oleh generasi muda hari ini.

Dulu, masa kecil-kecil selalu juga makan buah perah. Apabila Mak Aji atau Mak Yam yang mudik ke Ulu Kelantan untuk melihat kebun getahnya di sana, mereka akan bawa balik buah perah sebagai 'buah tangan' di samping hasil hutan yang lain seperti petai .... Kebunnya terletak di Kg. Lubuk Bongor, dalam daerah Dabong, Ulu Kelantan. Tahun-tahun 70-an memang susah untuk ke sana. Mereka akan mudik menggunakan pengangkutan air.

Sebenarnya, kita tidak boleh makan banyak buah ini dalam satu masa. Jika makan banyak, boleh membuatkan kepala kita berasa berpusing-pusing. Ada orang kata, seelok-eloknya jangan lebih daripada 12 biji sekali makan.

Buah perah yang dikategorikan sebagai buah nadir ini sebenarnya hanya terdapat di kawasan pedalaman. Bagi memastikan agar buah nadir ini tidak dilupakan oleh generasi hari ini, POS Malaysia Bhd. telah memilih buah perah (selain buah cermai, setol, dll) untuk dijadikan setem (kategori buah-buahan nadir) yang bernilai 30 sen.

Bila? Tak ingat dah.....



No comments: