Tugas fasa pertama yang diamanahkan bagi bulan Disember 2010 sudah bermula....seterusnya akan disambung sebaik sahaja balik ke rumah nanti....
Sementara menunggu suami keluar sarapan dengan sahabat lamanya Encik Ruslan Wook, bolehlah 'update' blog ni. Entri kali ni santai sahaja. Kisah kuih tradisional yang kian dilupakan oleh generasi kini terutama 'anak Kelantan & Terengganu'. Ada yang tidak kenal @ tidak tahu @ tidak pernah makan... termasuk anak-anak saya...!
Ketika kami sembang2 sambil menikmati juadah di meja makan beberapa hari lepas di Summit, timbullah cerita tentang kuih tradisional ni.... Kalau di meja makan, memang tak ada cerita lain, pasti tentang makanan... entah macam mana terkeluar nama-nama makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur...timbullah nama-nama kuih seperti beko, akok, ... dan satu lagi ialah tepung sema.
Adinda Wan Khairiah rupa-rupanya tahu serba sedikit cara untuk membuat tepung sema ini. Walaupun Wan tidak pernah buat sendiri, sekurang-kurangnya dia pernah melihat arwah bondanya menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional, termasuk sema semasa zaman kanak-kanaknya. Cara Wan menjelaskan kaedah membuat sema itu memang menarik dan menunjukkan dia tahu betul. Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk mengetahui tentang itu... yang saya tahu, beli yang dah siap di pasar Siti Khadijah.
Sebenarnya, sema ini juga dikenali sebagai kuih tepung sema, atau kuih gula tarik dan di sesetengah tempat, terutamanya di Terengganu dikenali sebagai slemang. Ada juga yang menggelarnya sebagai kuih semak dalam mulut! Kuih sema ialah kuih tradisional di Kelantan dan di Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung.
Semasa kecil-kecil dulu kami selalu makan kuih ini. Biasanya kuih ini berwarna merah jambu atau merah samar dan mempunyai rasa yang manis. Semasa makan, kita tidak boleh banyak bercakap, kena 'lemah-lembut' tak boleh buka mulut luas-luas, nanti tersembur keluar kerana kuih ini macam berdebu sedikit. Kalau tidak berhati-hati, habis putih mulut dan muka terkena tepung yang terdapat dalam kuih sema ni.
Memang saya betul-betul tidak tahu cara untuk membuat kuih ini. Setelah mendengar 'cerita' daripada Wan tempoh hari, saya terpanggil untuk 'mencari'nya ... akhirnya dapatlah resepi serta cara-cara untuk membuat sema. Resipi ini saya petik dan diubahsuaikan daripada : Yusnida Mohd Yusof, myresipi.net .
KUIH / TEPUNG SEMA
a) Peralatan:
b) Bahan-bahan:

2 batang buluh (sederhana panjang dan leper)
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk biasa(kecil)
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu
b) Bahan-bahan:
2 keping gula kelapa/gula gerek
1 kg tepung gandum
1 mangkuk sedang air
1 botol kecil minyak jagung
c) Cara-cara memasak :
1) Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.

2) Masukkan air ke dalam periuk biasa (kecil) dan masakkan dengan gula kelapa sehingga gula cair dan berbuih.
3) Ambil 1 batang buluh dan celup ke dalam air gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, maka ia sedia diangkat.
4) Kecilkan api, masukkan 1-2 titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga, sapu sehingga rata, kemudian tuang adunan didih tadi.
5) Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku, sapu minyak pada 2 batang buluh tadi. Angkat dengan menggunakan 2 batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan. 6) Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit, kemudian ayak atas kertas minyak, gula yang ditari-tarik tadi, diletakkan di atas tepung yang diayak atas kertas minyak tadi.
7) Kemudian tarik- tarik gula tadi di atas tepung, dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti bihun, sedia dihidangkan.
Cara untuk membuat sema memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.
Bolehlah tengok sekiranya ada kawan-kawan yang nak cuba buat.... Wan Khairiah pun katanya nak cuba buat....
Selamat mencuba....

3 comments:
wa...rajinnya Kak La ...teruja!!! :)
nampak gmbr kuih ni dlm pic member...trus cari...
nway thanks for d info
Kalau ada video pembikinan sema ni kan bagus!!
Post a Comment