Kali ni kisah bah @ banjir pula.
Kini, negeri-negeri di Pantai Timur sedang dilanda musim tengkujuh. Setakat ini belum ada lagi banjir besar. Sehari dua lagi, tak pasti macam mana keadaannya. Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur mulai hari ini sehingga hari Ahad nanti. Harap-harap tak ada banjir besar. Bimbang nanti jalan ditenggelami air, terkandaslah pula saya untuk balik ke Kuantan.... Semalam sebelum bertolak balik ke KB, hujan tidak berhenti turun di Kuantan sejak pagi, tetapi tidaklah terlalu lebat.
Hujung tahun, bermakna musim bah akan tiba. Mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir @ bah pasti akan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan banjir. Yang tak pasti ialah sama ada bah itu besar atau kecil..!
Bah air sungai akan berlaku setelah isipadu air sungai Kelantan bertambah akibat hujan lebat berterusan di kawasan Ulu Kelantan. Air sungai berbeza dengan air hujan... lebih sejuk dan warna jg lain. Keadaan akan menjadi lebih gawat apabila angin monsun bertiup kencang menyebabkan aliran air ke muara menjadi sebak. Akibatnya, tempat yg rendah akan ditenggelami air dalam tempoh masa yang lama, contohnya di Kg Tingkat dan di Kg Penambang yang menghala ke PCB.
Boleh dikatakan saban tahun pasti berlaku bah, tetapi bah besar tidak semestinya berlaku pada setiap tahun.
Musim bah banyak meninggalkan kenangan kepada sesiapa sahaja. Dulu, kalau musim bah, di KB jadi macam pesta... Bagi mereka yang terpaksa berpindah tu, lainlah pula ceritanya - bukan pesta lagi tp dah jadi mimpi negeri ..... !
Bah 1979 berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur sehari selepas semua calon SPM/ MCE menduduki kertas terakhir. Ada kawan2 yang bersekolah di SBP @ MRSM @ SMT terkandas dalam perjalanan untuk pulang ke kampung masing2 sebaik sahaja selesai peperiksaan.
Sekali bah, pasti pantai akan berubah; berubah akibat hakisan....
...bersambung - bah besar 1988 - Pep. SPM terpaksa ditunda....

Sebenarnya, ada bah besar, ada bah kecil. Ada bah disebabkan air hujan yang bertangkung kerana sistem saliran yang tidak baik. Ada bah disebabkan oleh limpahan air sungai yang banyak. Bah air hujan cepat surut. Apabila hujan reda, bah pun akan surut.
Bah air sungai akan berlaku setelah isipadu air sungai Kelantan bertambah akibat hujan lebat berterusan di kawasan Ulu Kelantan. Air sungai berbeza dengan air hujan... lebih sejuk dan warna jg lain. Keadaan akan menjadi lebih gawat apabila angin monsun bertiup kencang menyebabkan aliran air ke muara menjadi sebak. Akibatnya, tempat yg rendah akan ditenggelami air dalam tempoh masa yang lama, contohnya di Kg Tingkat dan di Kg Penambang yang menghala ke PCB.
Boleh dikatakan saban tahun pasti berlaku bah, tetapi bah besar tidak semestinya berlaku pada setiap tahun.
Musim bah banyak meninggalkan kenangan kepada sesiapa sahaja. Dulu, kalau musim bah, di KB jadi macam pesta... Bagi mereka yang terpaksa berpindah tu, lainlah pula ceritanya - bukan pesta lagi tp dah jadi mimpi negeri ..... !
Dulu masa zaman kanak-kanak, kami selalu mengikuti perkembangan banjir melalui siaran radio... bila air di Tangga Bradley, Kuala Krai -tempat sukat banjir (kini, Tangga Krai) turun, bermakna kawasan hilir akan siap sedia untuk banjir. Di rumah Mama biasanya paling teruk pun, hanya tenggelam 2 anak tangga. Bila bah, jalan ke KB terputus, iaitu di Jambatan Paloh (Pintu Geng) dan di Bunut Payong. (Sekarang jambatan di Bunut Payong dah tinggi). Dari rumah ke Pasir Mas pula, akan tersekat di beberapa tempat, antaranya di Chabang Tiga Pendek dan di Gertak Lembu, dekat Salor. Masa ni Papa pun kenalah bertugas bergilir-gilir 24 jam di Bilik Gerakan Banjir KB.Tahun 1967, banjir besar di Kelantan dan beberapa negeri lain di Malaysia... saya ingat2 lupa, Papa bawa jalan2 main air... masa tu belum sekolah lagi. Tahun 1971, bah berlaku selepas sehari sesi persekolahan tahun baru 1971 bermula. Sekolah diisytihar tutup. (Bila baca tentang sejarah KL kemudiannya, barulah tahu rupa2nya pada 1971 KL juga dilanda banjir besar....! ) Tahun 1979, bah besar berlaku akibat hujan lebat di kawasan Ulu Kelantan sehingga meruntuhkan Bukit Puteri di Lubok Bongor, Jeli, meranapkan sebuah klinik desa di situ . Dalam tragedi Bukit Puteri ini ramai jg yg terkorban.
Bah 1979 berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur sehari selepas semua calon SPM/ MCE menduduki kertas terakhir. Ada kawan2 yang bersekolah di SBP @ MRSM @ SMT terkandas dalam perjalanan untuk pulang ke kampung masing2 sebaik sahaja selesai peperiksaan.
Sekali bah, pasti pantai akan berubah; berubah akibat hakisan....
Kolam mandi awam di PCB dah bertahun-tahun lamanya 'terkubur'. Kubu Pertahanan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 di Pantai Sabak juga dah jauh tenggelam ke dasar laut....! Dalam Rhu @ Pantai Semerak dah tak boleh dipanggil Dalam Rhu lagi... kerana pokok ru dah tak ada. (Yang ada sekarang, yg baru ditanam semula).
...bersambung - bah besar 1988 - Pep. SPM terpaksa ditunda....
No comments:
Post a Comment