Musim demam peperiksaan semakin 'merebak'. UPSR baru sahaja berlalu. Tidak lama lagi, PMR dan diikuti dengan peperiksaan SPM dan STPM. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk membantu murid memantapkan persiapan mereka bagi menghadapi peperiksaan. AWESOME '35, KELAS INTENSIF, KELAS TAMBAHAN, PRAPMR, PECUTAN AKHIR PMR, COUNTDOWN PMR....
Anak-anak didiku... sudahkah anda bersedia...?
Minggu ini merupakan minggu terakhir kami bersama murid PMR. PROGRAM JADUAL ANJAL PMR sudah berakhir dan bermula kelas intensif dan COUNTDOWN PMR di SMKTP.
Daripada pemerhatian kami, walaupun ramai murid yang menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memantapkan kemahiran mereka bagi menghadapi PMR nanti, tetapi terdapat juga segelintir murid yang masih tidak endah dengan PMR yang akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi....
Kami para guru telah usahakan yang terbaik untuk mereka. Apa-apa pun, kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada lebih 360 murid Tingkatan 3 di SMKTP bagi menghadapi PMR pada 2 - 9 OKTOBER ini.
Majlis Solat Hajat (19.9.13) |
Pada malam Jumaat lepas (19 September 2013), telah diadakan solat hajat bagi murid Islam. Berdoalah sentiasa agar diberi ketenangan dan kelapangan fikiran semasa menjawab soalan nanti. Majlis Restu Ilmu pula akan diadakan pada Isnin ini (30 SEPTEMBER 2013), juga bertempat di Dewan SMKTP.
KELAS TAMBAHAN - Sabtu (21.9.13) |
SELAMAT MENGHADAPI PMR 2013....
No comments:
Post a Comment