Bas yang kami naiki menuruni Kampung Budaya Sarawak terus menuju ke pusat bandar Kuching. Kami pada asalnya dijangka ke tempat pembuatan kek lapis yang sangat popular di Sarawak.
Encik Pemandu melencongkan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri. Kata Encik Pemandu, biasanya ramai pelawat yang akan berkunjung ke bangunan DUN itu.... Saya berkata kepada suami, hari ini bermula persidangan DUN, sudah pasti pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan bangunan DUN.
bangunan Dewan Undangan Negeri tersergam megah di tebing Sungai Sarawak.... |
Ketika bas yang kami naiki sampai betul-betul di pintu masuk bangunan DUN, tiba-tiba enjin bas terhenti. Ketika itu waktu sudah melewati pukul 1.30 tengah hari. Persidangan ditangguhkan untuk berhenti rehat. Abe Him, Abe Safuan, Ariff, dan suami turun dari bas dan 'bersantai' di bawah kanopi di persimpangan jalan ke bangunan DUN.
Dari jauh kelihatan anggota persidangan turun dari bangunan DUN menuju ke tapak letak kereta untuk pulang. Mereka melalui jalan tempat bas yang 'mogok' itu. Mujurlah setelah 'dipujuk' beberapa ketika, bas tersebut dapat dihidupkan semula tetapi alat pendingin hawa perlu dimatikan. Kami berada dalam keadaan 'suana' yang meresahkan...!
Ketika bas kami mula bergerak membuat pusingan "U" di pintu masuk ke bangunan DUN menuju ke pusat bandar, kelihatan berderet-deret kereta keluar dari kawasan tersebut....Mujur sekali lagi, ketika itu kami sudah mula bergerak meninggalkan tempat itu.
pandangan dari atas bas yang mogok....'part-time' .... |
pandangan dari arah pusingan "U" menuju ke pusat bandar.... |
Ketika bas kami mula bergerak membuat pusingan "U" di pintu masuk ke bangunan DUN menuju ke pusat bandar, kelihatan berderet-deret kereta keluar dari kawasan tersebut....Mujur sekali lagi, ketika itu kami sudah mula bergerak meninggalkan tempat itu.
Dalam keadaan berhati-hati dan 'bersauna', bas kami menuju ke kawasan pembuatan kek lapis Sarawak. Hanna membawa kami ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Kedai/ kilangnya tidaklah berapa besar, tetapi ramai sungguh pengunjungnya. Kami disambut mesra dan diberi stiker berwarna kuning yang dilekatkan pada lengan baju.
di kedai kek lapis Dayang Salhah |
Seronok juga 'mencuba-cuba' sampel kuih lapis itu. Bermacam-macam jenis kek lapis disediakan di dalam bekas yang diletakkan di atas meja rendah di tengah-tengah ruang. Rasanya seperti Hari Raya pula. Selepas merasa hampir semua jenis sampel dan terasa sudah agak kenyang, kami pun mulalah memilih kek yang disukai. Kek-kek ini diletakkan di dalam bakul dan dibawa ke kaunter bayaran. Kek-kek tersebut dimasukkan ke dalam kotak dan dibungkus rapi.
sticker.... |
Dari kilang kek lapis Dayang Salhah kami berjalan kaki melintasi jalan menuju ke medan selera di tepi Sungai Kuching @ Sungai Sarawak, atau lebih tepat di Kuching Waterfront. Waktu yang sesuai untuk kami mengisi perut yang sudah mula 'menyanyi-nyanyi'....
Ramai juga yang membuat pesanan Nasi Kerabu Kelantan. Nampak dari jauh, cukup syaratnya. Lengkap dengan budu lagi. Saya dan suami memesan nasi goreng ikan terubuk. Dua kali buat pesanan di gerai yang berlainan, barulah dapat makan dengan selesa....!
Ramai juga yang membuat pesanan Nasi Kerabu Kelantan. Nampak dari jauh, cukup syaratnya. Lengkap dengan budu lagi. Saya dan suami memesan nasi goreng ikan terubuk. Dua kali buat pesanan di gerai yang berlainan, barulah dapat makan dengan selesa....!
makanan di sini boleh tahan, terasa di tekak.... |
Bas yang kami naiki menunggu kami di seberang sungai. Jadi, kami perlu menyeberangi sungai dengan perahu tambang untuk menjimatkan masa. Tambang perahu tersebut hanyalah sebanyak RM0.50 sen. Seronok juga sekali sekala melalui pengalaman begini.
menuju ke perahu untuk menyeberangi sungai.... |
Dulu, ketika usia remaja selalulah juga saya menyeberangi Sungai Kelantan menggunakan motobot dari pangkalan Seberang Pasir Mas ke bandar Pasir Mas untuk ke rumah seorang sahabat, TUAN HASNAH RAJA HASSAN. Ketika itu belum ada jambatan yang menghubungkan Jalan Pasir Mas - Salor dengan bandar Pasir Mas di seberang Sungai Kelantan.
bersantai menghirup udara segar di Kuching Waterfront..... |
Kami menjejakkan kaki di pangkalan seberang sana dengan selamatnya. Kami menyusuri jalan di sepanjang deretan bangunan kedai lama untuk meninjau cenderamata yang akan dijadikan buah tangan kenangan.... Yang lainnya, Kak Ha dan Abe Him bersantai di pelantar rehat berbentuk bulat di tepi sungai sambil memerhati cucunda kesayangan bermain....sementara menunggu bas tiba.
asyik sekali dengan "baby angkasa" nya.... |
Beberapa ketika menunggu, bas pun tiba. Jangkaan kami, bas lain akan menggantikan bas yang 'mogok' tadi. Rupa-rupanya kami akan balik ke inap desa dengan bas yang sama. Bas yang 'mogok' di depan bangunan DUN. Kami berdoa dalam hati agar perjalanan kami tidak akan tergendala. Kami tiba di inap desa dalam keadaan 'bersauna' dengan selamatnya walaupun dua kali juga enjin bas terhenti ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau....
Pada sebelah malamnya, kami diundang oleh Encik Wasta dan Puan Masnah untuk makan malam di rumahnya di BDC....
Inilah pengalaman yang indah dan menyeronokkan untuk dikenang di sepanjang jalan pulang....
No comments:
Post a Comment