25.5.12 - usai solat Jumaat, kami bertolak balik ke kampung halaman.
Cuti sekolah bermula esok selama 2 minggu. Kebetulan Anakanda CT Nadiah juga bercuti selama seminggu, jadi dapatlah kami balik sama-sama. Tak lama, hanya 3 malam. Isnin, kami sudah kembali ke Kuantan.
Kami tiba di rumah Mama sudah agak lewat. Malam. Mama akan mengikuti rombongan lawatan ke Acheh yang dijangka bertolak pada hari Ahad nanti.
masih dalam pembinaan.... |
Esoknya, pagi-pagi lagi kami ke tapak rumah kami yang masih dalam pembinaan. Selepas itu kami ke Pasar Siti Khadijah sebelum balik menjengok Mek di Batang Merbau, Tanah Merah. Abang Mie minta tolong belikan serunding daging yang selalu kami hadiahkan kepadanya. Sedap katanya....
serunding @ sambal daging Kak Ani di Pasar Siti Khadijah.... |
bersantai sambil minum air nyiur muda.... |
puteri tunggal bongsu kami.... |
Sebelum ke TM, kami singgah di rumah Mama terlebih dahulu untuk mengambil apa-apa yang patut dan yang pasti untuk minum kopi-o panas yang disediakan oleh Mama. Kebetulannya Papa sudah ada di rumah. Papa nampaknya semakin sihat, cuma belum boleh berjalan-jalan di KB. Selepas berbual-bual seketika dengan Papa, kami meminta izin untuk bertolak balik ke TM.
Kami tiba di rumah Mek ketika zohor sudah hampir ke penghujung. Abang Mie tiba kira-kira 30 minit selepas itu dan Pak Teh sampai melewati waktu Asar. Malam itu, keempat-empat anakanda Bonda Nik Zakiah berkumpul di rumah Mek. A'zemin Mamat, Nain Mamat, Lokman Mamat dan Aynun Mamat.
Bilangan anak-anak Mek sudah kurang. Tinggal 4 daripada 6. Terasa seolah-olah ada yang tertinggal. Terasa-rasa seperti Che Long masih ada. Itulah hakikat kehidupan.... dua anak Mek sudah kembali menemui Penciptanya. Arwah Abang Aziz kembali ke rahmatullah hampir 7 tahun yang lalu, manakalah arwah Che Long @ Kak Mah pada Hari Raya Haji yang kedua @ 11 Zulhijjah yang lepas.
Kini, tinggallah Mek menghabiskan usia yang sudah semakin lanjut, yang kudratnya semakin menipis hari demi hari bersama dua orang cucunya, anak kepada puteri Mek yang bongsu - Su Aynun.... Mek sudah agak uzur sejak beberapa bulan kebelangan ini. Mek terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan bagi mengurangkan sengsara sakit lututnya.
tongkat Mek.... lama dan baru |
Esok paginya, sebelum saya bertolak balik ke rumah Mama di KB, kami ke pekan TM untuk membeli tongkat yang lebih selesa untuk Mek gunakan.
Kami bertolak balik dari rumah Mama di KB sebelum tengah hari.... Mama masih di Acheh dan hanya akan balik pada petang Rabu nanti.
Kami sampai di rumah di IM6 Kuantan sebelum azan Maghrib berkumandang di udara....
No comments:
Post a Comment