2 JANUARI 2013.... SELAMAT PAGI SMK TANAH PUTIH....
Ingatan
kepada diri...
Pagi ini saya menapak ke sekolah dalam hujan renyai-renyai dan sekali-sekala agak lebat. Saya dihantar oleh Encik Kasihku kerana kereta masih lagi dalam proses pengeringan akibat banjir kilat beberapa hari lepas.
Hujan mencurah lebat tatkala warga SMKTP berkumpul di dewan untuk perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan 2013. Dewan yang berwajah baharu sempena sesi baru... tempat duduk guru di pentas bertingkat-tingkat, di kiri kanan dewan sudah ada serkup bagi mengelakkan daripada tempias hujan.
Biarlah kita mulakan hari pertama dan seterusnya dengan ikhlas. Semua perkara akan menjadi susah sekiranya kita tidak melakukannya dengan ikhlas. Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, setiap perkara yang
dianggap sukar oleh orang lain, tetap mudah bagi kita. Sekiranya
kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, kita pasti akan melakukannya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat. Oleh itu dahulukan keikhlasan dalam
melakukan sesuatu perkara.
sumber : "Gurukah Aku Atau..." - Pn. Norbi Husin |
Tahun ini
merupakan tahun yang ke-27 saya bergelar pendidik dan masuk tahun ke-8 di
SMKTP. Semoga SMKTP akan terus meninggalkan kenangan indah dalam perjalanan
kerjaya saya....
Kelas yang saya masuk pada hari pertama sesi 2013 ini ialah 3K12 dan 3K5. Daripada 'pandangan pertama' saya pagi tadi, mereka nampak ok....Harap-harap ini berterusan sehingga akhir tahun.
No comments:
Post a Comment