Showing posts with label ulang tahun. Show all posts
Showing posts with label ulang tahun. Show all posts

Sunday, February 3, 2019

mini Re-U SoHeritage (1) : majlis ulang tahun kelahiran Papa & Bee

Kesempatan balik kampung sempena cuti CNY membolehkan kami adik beradik berkumpul beramai-ramai menghiburkan hati Papa dan Mama.

Kita tidak tahu sama ada kita masih diberi kesempatan begini pada waktu mendatang.  Kita tidak tahu siapakah yang akan pergi dahulu, pergi meninggalkan alam fana ini utk kembali ke alam abadi. 

Kami berkumpul di NEW HORIZON pada 2 FEB 2019, Sabtu malam, untuk membuat surprise sempena HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN Papa yang ke-76 yang jatuh pada 1 FEBRUARI 2019 dan juga HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN Shawatul Najwa.





Saturday, December 1, 2018

DISEMBER...raikan bersama

Syukur alhamdulillah, kita sudah sampai ke bulan terakhir tahun masehi 2018....

Disember meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan  ahli keluarga terdekat.

1 DISEMBER...

Happy Birthday TokAyah.....




 







AISYA BALQIS

1 DIS



   







EEKA - 11 DIS  

ALONG AINA - 14 DIS  

AIMAN - 26 DIS 













ABDUL MUIZ - 16 DIS

NADHIRAH - 20 DIS

MAISARAH - 27 DIS





Disember juga meraikan ulang tahun perkahwinan buat Kakanda dan Adindaku




Ummi & Abah 
kepada Along Aina & BB Fify

27 DISEMBER 1986  
















Mommy & Daddy kepada Baby Dhia

12 DISEMBER 2016 










Semoga Allah merahmati kita semua.  Semoga kita sentiasa berada dalam kasih sayang dan perlindungan-Nya sepanjang masa.  



Alhamdulillah, kita masih bersama....

Buat Encik Kasihku,
insan yang penuh dengan cinta dan sayang,
ingin kutitipkan ucapan...


"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-58..."
(1 Dis 1960 - 1 Dis 2018)

Kupanjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah s.w.t. kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.  





Buat suami tercinta, kutujukan doa khusus buatmu. 
Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan....

susah senang bersama menuju jalan pulang....
Kudoakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun ketika hidup kita dihempas gelombang.   

Semoga selama tempoh kita berjauhan di dua daerah ini, Allah memberi kekuatan kepadaku dan kita diberi kesempatan untuk meneruskan baki usia bersama-sama selepas ini.

Happy Birthday, Tok Ayah....
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakan.....

DISEMBER juga meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak saudara yang tersayang....
Aisya Balqis, Abdul Muiz A.Aziz, Aina Zaireynna Md. Zainuddin, Nur Hanis Syafiqah Sahazali,  Siti Nadhirah A. Aziz, Maisarah A.Aziz, Aiman Syakir Azemin.....

....bertambah umur
tanda usia yang berbaki semakin sedikit;
semoga kita terus diberi kesempatan membekalkan diri
untuk dibawa pulang ke alam abadi.

Sunday, September 3, 2017

RAIKAN SEPTEMBER...

yang terindah....


September datang lagi....

Terkenang lagu " Ingatan Manis di Bulan September" yang dinyanyikan oleh biduanita Sharifah Aini sekitar awal 1970-an:
"Kumasih ingat
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."


Sesungguhnya, September merupakan bulan merayakan beberapa hari istimewa dalam keluargaku.

September ini, genap ENAM tahun perkahwinan anakanda kami MOHD FAHMI NAIN dan NURUL AINA AWANG yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432H, bersamaan 2 September 2011 dan cahaya mata mereka yang pertama FARHAH HANNAN sudah berusia 5 tahun dan puteri mereka yang kedua, FALISHA SALSABILA sudah berusia 3 tahun setengah.  





September... sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, banyak hari istimewa yang diraikan dalam keluarga....

09 SEPTEMBERNATASHA ALIA BT. SAHAZALI genap usia 23 tahun. Natasha Alia, puteri sulung kepada Norbanilawatey Jusoh dan Sahazali Awang Deraman, dilahirkan di HKL sebelum dibawa balik ke kampung yang permai dan indah  "HAPPY BIRTHDAY ALONG TASHA".   



Semoga Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya yang baharu diceburi....Doa Cik La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...


Tambah manis lagi, pada 19 SEPTEMBER ini bertambah lagi usiaku - sudah 5.5 series...hahaha... VAN 6209 barangkali sempena istimewanya usiaku melangkau 55 tahun...



Pada tarikh itu juga 32 tahun yang lalu aku telah disahkan menjadi suri hidup kepada insan yang tersayang setelah beberapa musim menyemai kasih dan menganyam rindu ketika bersama-sama di Lembah Pantai.... 




Cepatnya masa berlalu. Sudah melepasi 3 dekad rupa-rupanya kami mengharungi pahit manis bersama, menempuh duri dan ranjau hidup menuju jalan pulang .... Kini, kami dikurniakan 3 orang cucu yang cukup menceriakan keluarga kami.



19 SEPTEMBER juga merupakan hari ulang tahun kelahiran buat adik ipar keempatku, NIK MOHD ZULARIF BIN NIK FAHMI, ulang tahun kelahiran yang ke-34 tahun. Tarikhnya sama dengan tarikh lahirku dan tarikh ulang tahun perkahwinanku.  Adakah ini suatu kebetulan atau suatu suratan?


21 SEPTEMBER pula adik bongsu kami, RATNA IDAYU BT. JUSOH akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-32 tahun.  Dilahirkan 2 hari selepas Papa dan Mama 'bekwah' kahwinkan anak perempuan keduanya ini, yang julung kali dalam keluarga kami pada tahun 1985.



23 SEPTEMBER,  adik iparku yang ke-3, JAILANI B. ABDUL MANAF pasangan kepada adindaku MELISA KAMELIA akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-40 tahun?



SEPTEMBER yang sentiasa bertamu tanpa jemu, banyak merakamkan saat manis yang sangat indah untuk dikenang.... yang diraikan bersama keluarga....

Alhamdulillah.