September datang lagi....
Terkenang lagu " Ingatan Manis di Bulan September" yang dinyanyikan oleh biduanita Sharifah Aini sekitar awal 1970-an:
"Kumasih ingat
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."
Sesungguhnya, September merupakan bulan merayakan beberapa hari istimewa dalam keluargaku.
September ini, genap ENAM tahun perkahwinan anakanda kami MOHD FAHMI NAIN dan NURUL AINA AWANG yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432H, bersamaan 2 September 2011 dan cahaya mata mereka yang pertama FARHAH HANNAN sudah berusia 5 tahun dan puteri mereka yang kedua, FALISHA SALSABILA sudah berusia 3 tahun setengah.
September... sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, banyak hari istimewa yang diraikan dalam keluarga....
09 SEPTEMBER, NATASHA ALIA BT. SAHAZALI genap usia 23 tahun. Natasha Alia, puteri sulung kepada Norbanilawatey Jusoh dan Sahazali Awang Deraman, dilahirkan di HKL sebelum dibawa balik ke kampung yang permai dan indah "HAPPY BIRTHDAY ALONG TASHA".
Semoga Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya yang baharu diceburi....Doa Cik La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...
Semoga Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya yang baharu diceburi....Doa Cik La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...
Tambah manis lagi, pada 19 SEPTEMBER ini bertambah lagi usiaku - sudah 5.5 series...hahaha... VAN 6209 barangkali sempena istimewanya usiaku melangkau 55 tahun...
Pada tarikh itu juga 32 tahun yang lalu aku telah disahkan menjadi suri hidup kepada insan yang tersayang setelah beberapa musim menyemai kasih dan menganyam rindu ketika bersama-sama di Lembah Pantai....
Pada tarikh itu juga 32 tahun yang lalu aku telah disahkan menjadi suri hidup kepada insan yang tersayang setelah beberapa musim menyemai kasih dan menganyam rindu ketika bersama-sama di Lembah Pantai....
Cepatnya masa berlalu. Sudah melepasi 3 dekad rupa-rupanya kami mengharungi pahit manis bersama, menempuh duri dan ranjau hidup menuju jalan pulang .... Kini, kami dikurniakan 3 orang cucu yang cukup menceriakan keluarga kami.
19 SEPTEMBER juga merupakan hari ulang tahun kelahiran buat adik ipar keempatku, NIK MOHD ZULARIF BIN NIK FAHMI, ulang tahun kelahiran yang ke-34 tahun. Tarikhnya sama dengan tarikh lahirku dan tarikh ulang tahun perkahwinanku. Adakah ini suatu kebetulan atau suatu suratan?
21 SEPTEMBER pula adik bongsu kami, RATNA IDAYU BT. JUSOH akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-32 tahun. Dilahirkan 2 hari selepas Papa dan Mama 'bekwah' kahwinkan anak perempuan keduanya ini, yang julung kali dalam keluarga kami pada tahun 1985.
23 SEPTEMBER, adik iparku yang ke-3, JAILANI B. ABDUL MANAF pasangan kepada adindaku MELISA KAMELIA akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-40 tahun?
SEPTEMBER yang sentiasa bertamu tanpa jemu, banyak merakamkan saat manis yang sangat indah untuk dikenang.... yang diraikan bersama keluarga....
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment