Setiap kali musim cuti sekolah, banyak sekali majlis kenduri kahwin atau bekwoh @ 'big work'... Cuti sekolah pertengahan penggal kedua yang lepas, selama seminggu termasuk cuti Hari Kebangsaan kali ke-60 dan Cuti Umum Aidiladha 1438H. Suasana di mana-mana meriah dengan majlis kenduri kahwin dan kesyukuran.
Beberapa majlis kenduri kerabat terdekat dan juga rakan taulan bagi meraikan perkahwinan anak-anak kerabat terdekat dan rakan taulan sudah ada dalam catatan diari kami.
27 Ogos kenduri menyambut menantu sahabat di Kemahang 3 dan menyertai rombongan blarock anak sahabat ke Kemahang 1.
Dalam perjalanan balik ke KB, kami singgah menziarah worih yang uzur di Kg Batang Merbau. Sekali-sekala pulang ke kampung halaman suami, pasti akan menggamit kerinduan kepada Mek dan juga adik ipar, Aynun yang telah lebih awal kembali ke alam abadi.
Bonda sepupu yang agak uzur.... |
Dari Pulai Chondong, kami terus ke majlis perkahwinan anakanda rakan sekampung sejak kecil lagi, Wan Hasmah @ Maheran bertempat di Irama Beach Resort, Bachok.
Keesokan harinya, kami menghadiri majlis sambut menantu sepupu di Kg. Surau Bachok dan selepas itu terus ke majlis kenduri di rumah Pak Ya, worih sebelah Nenek Bidah di Kg Kuala Tiga, Gual Ipoh Tanah Merah.
Penat tapi seronok. Semoga hubungan kekeluargaan dan silaturahim antara kerabat dan sahabat akan terus utuh dengan majlis seumpama ini. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment