Sehingga coretan ini ditulis, dalam tempoh MEI - OGOS 2017....
4 orang rakan seusia yang sama-sama menabur bakti di SMK Tanah Puteh melangkah ke dunia persaraan. Selamat bersara wajib, sahabat.
4 orang rakan seusia yang sama-sama menabur bakti di SMK Tanah Puteh melangkah ke dunia persaraan. Selamat bersara wajib, sahabat.
Sahabat,
kita seusia berbeza bulan
tentu sekali dengan penuh ceria
kalian ucapkan SAYONARA
kepada semua tugasan yang menyesak jiwa :
kalian ucapkan SAYONARA
kepada semua tugasan yang menyesak jiwa :
SAPSNKRA
SPLG
APDM
SSDM
HRMIS
HRMIS
Modul Offline
FrogVle
e-Operasi
e-Operasi
dan pelbagai 'e' lagi....
terasa sayu dan syahdu sekali
tatkala kalian mula berlalu pergi
persis isyarat tak lama lagi
saya akan memohon diri.
Semoga saya terus diberi
kekuatan untuk berdiri di sini
cekal menabur bakti
demi anak bangsa pertiwi
dan pasti
tiba saatnya suatu hari nanti,
saya jua akan melangkah pergi.
Catatan kenangan buat sahabat....
MEI 1982 - kita bertemu di Lembah Pantai,
sama-sama di FSSS dan mengikuti kursus Dip. Ed. bersama-sama...kemudian berpisah.
Tanggal MEI 1986, kita sama2 posting di Darul
Makmur tetapi berbeza daerah;
Saya di Pekan, Nah di Kuantan.
Saya di Pekan, Nah di Kuantan.
JANUARI 2006, bertemu semula kita
di SMKTP tanpa duga.
di SMKTP tanpa duga.
dan MEI 2017, kita kembali
berpisah...
Puan Ezmah @ Hasanah - Pertengahan Mei 2017
Puan Megawati - Julai 2017
Puan Chan Mee Lan - Ogos 2017
HARI-HARI TERAKHIR BERSAMA PN. CHAN MEE LAN DI SMKTP |
Di ruang ini, ingin saya catatkan seloka khusus buat rakan SEUSIA yang telah bersara...
Salam sejahtera pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa.
Nah, Ezmah, Mega, Mee Lan panggilan mesra
Guru
veteran yang banyak berjasa
Mendidik
anak bangsa bukan sebentar cuma
Berdekad-dekad begitulah lama.
Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua.
Kini sudah tibanya masa
Berundur kalian kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya.
Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.
Kenangan manis kekal selamanya
Jasa kalian tak mungkin dilupa
Pemergian kalian tetap kami reda
Sudah suratan berpisah akhirnya.
Seloka ini sampai di sini
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun kalian tiada di sisi.
Ampun dan maaf saya pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu
datang menjelma.
Semoga kalian sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.SELAMAT BERSARA, SAHABAT
No comments:
Post a Comment